Nuffnang : My Dream To Buy House

30 September 2011

After all this : don't you dare say, 'uff'!

THANK YOU MUM! I LOVE YOU=*


Your mother bore you for nine months; she watched her feet swell; she struggled to climb stairs, she got breathless quick; she bore excruciating pain; she suffered many sleepless nights; she became your nurse; your chef; your teacher; your cleaner; your laundrette; your friend. She struggled for you, but not once did she see it as a struggle.

Not once did she develop regrets.



MUM!! ILOVE YOU. THANKS 4 EVERYTHING . PLEASE FORGIVE ME 4 MY BEHAVIOUR. SORRY BECAUSE SOMETIME I'M DISSAPOINT YOU.


THANK FOR YOUR..DOA FOR ME;*



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

at 03 years old - "i love you, mama"
at 10 years old - "whatever, mom"
at 16 years old - "mom's annoying"
at 18 years old - "i wish i had a different mother"
at 25 years old - "mommy was right''
at 30 years old - "i want to see how mom's doing"
at 50 years old - "i don't want to lose mom"
at 70 years old - "i would give up everything to have my mom here with me"

SHE'S THE ONLY ONE IN THIS WORLD.

26 September 2011

Tazkirah


Sabda nabi saw., “Terdapat segolongan manusia yang taat perintah Allah dan segolongan manusia lain melanggar perintah Allah.Perumpamaan mereka adalah seperti dua golongan yang menaiki sebuah kapal di mana satu golongan berada di atas dan satu golongan lagi berada dalam perut kapal. Apabila golongan yang berada dalam perut kapal inginkan air mereka menyuruh golongan yang di atas supaya mengambilkan air untuknya sehinggalah mereka berkata : “Adakah patut kita menyusahkan golongan di atas apabila kita memerlukan air sedangkan kita boleh mendapat air yang banyak dengan melubangi bahagian bawah kapal ini”. Maka sekiranya golongan di atas tidak mencegah mereka yang dibawah, nescaya mereka semua akan karam”. (HR Bukhari)

アイナ Dear Diary : Alahai Nasib..Ku cuba yakinkan hati menerima ujian ini "Ini ujian Allah. Tentu ada hikmahnya."

Doa Rasulullah SAW ketika ditimpa musibah.

“Allahumma ajirni fi musiibati, wa akhlif li khairan minha” yang berarti

"Ya Allah berilah aku pahala dari musibahku ini dan gantilah dengan sesuatu yang lebih baik daripadanya”.

Shahih Muslim



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Aku xtahu apa yg aku rasa skrg ni, stress pun ada.. Berat rasanya dugaan hok aku lalui sejak kehilangan beg duit aku hok ada Mykad dan Lesen Memandu Percubaan... Sampaikan nak makey..Aku makey..tapi serow x brapa selera dah..



Mikir pasal duit??? ho duit..duit hok hilang dlm dompet tuh satu hal doh.. plg kurang duit aku hok ada dlm dompet tuh 20 yaa...Jumlah sebenar aku xtahu sbb aku x kira ,tapi aku betul2 pasti ada 20 yaa sbb aku mmg psg niat nop g bank nop buka akaun SSPN..lebih tu balance dari duit lain hok aku guna masa rehat~~~

Gano2 pun.. aku x kira doh.. meme aku x kan dpt doh duit tuh semula.. Hok aku bimbang loni.. Nok cari mana la pitih nop bayar KOMPAUN utk hilang ic ngn lesen moto tuh?? Ada tu ada sikik lagi simpanan. tapi cukup ko?? Aku cuba simpan duit sikik loni, kompaun tuh boh!!! aii...dugaan2...hilang duit,kna bayar berganda2 plop..ish3.. ada kalanya aku nangis jugak, adakalanya aku buat mcm xdop gapo2 pun, bila tekeeyy do'Oh aku tido..

EXAM??


Pastu..psl SPM..EXAM TRIAL SPM mggu lepas.. Cikgu macam wi tekaney gilo serow.. Bayangkan masa nk masuk dewan, KaMI serinG diingatkan supaya x bawak benda terlarang..mcm note or whatever la.. jgn risau ckgu..saya x niru eh, saya jawab molek exam ni..insya-Allah..ore sebeloh, ore belakang,ore depan, KAMI xdop eye contact eh..well at least~~!! aku x niru !! meme seolah-olah  sore jah dlm dewan tuh bila masuk.. JEJAK jah kaki..pphhuiiiifuuuhhh...KURUS SEMANGAT.. I'M alone dlm dewan tuh.. x leh jawab tIDO larh..boleh jawab JAWAB lah saya smpai ckgu cakap MASA DAH TAMAT! Masa exam..Ya Allah..Hanya Nkau yg tahu..Dgn sekolah rendah cina sebelah yg gege masa aku nok jawab exam..Dgn fikiran hok terganggu, Dgn hati terluka sbb saen hok duk ungkit kisah dulu.. Dgn kna marah ko Abah sbb cuai..Dgn sesetengah orang sekeliling yg xpaham apa yg aku rasa.. SAKIT BETUL HATI DAN PERASAAN NI..SERUPO DIPIJAK-PIJAK..mcm luka pastu ditabur pula dgn GARAM keatasnya..

AKU TAKUT FAIL..AKU TAKUT RESULT XCOME..
TAPI AKU MEME SURE LA..RESULT AKU TERUK...


SEMUA ORANG NOP YG TERRRRRRRBAEEEEEEEEKKKKKKKKKKK!!!!
AKU PUN NAK!! TAPI SUBJEK SAINS HOK KIMIA,FIZIK,ADDMATH,BIOLOGY..
SEMUANYA MELEMAHKAN AKU..
KDG2 AKU FIKIR..AKU SALAH AMBIK ALIRAN KO??
AKU SALAH BUAT PILIHAN KO??


NATI NIH ADA MAJLIS MUZAKARAH SUPO HOK DULU..XTAHU LA GANO..AII..RESULT AKU X COME..MALU WEII SEROW..AKU BUKAN NOP BERFIKRAN NEGATIF, AKU CUMA MELUAHKAN APA YG AKU FIKIR, SBB ITULAH KENYATAAN YG AKU KENA SEDAR..

AKU KENA BANGKIT SEMULA, AKU XLEH KALAH DGN PERASAAN AKU NIH, AKU KENA LAWAN!! TAPI KADANGKALA.. SEJUJURNYA AKU KALAH DGN PERASAAN AKU SENDIRI.. KADANG AKU HILANG PERTIMBANGAN DIRI, KADANG AKU MMG TEKEYY SGT SMPAI TANPA SEBAB PUN AKU BOLEH MENGALIRKAN AIR MATA..

YA ALLAH..KUATKANLAH HATIKU INI.. KUATKAN LAH AKU UNTUK MENGHADAPI DUGAAN YG NKAU BERIKAN.. PERMUDAHKANLAH AKU UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH KU INI, BERIKANLAH AKU KETENANGAN HATI..YA ALLAH, AMPUNKANLAH SETIAP DOSA-DOSA HAMBAMU INI..BERIKANLAH AKU KETEGUHAN IMAN..

Setiap apa yang berlaku ada buruk dan ada baiknya. Orang yang beriman sentiasa melihat daripada sudut yang baik daripadanya. Mereka menerima yang buruk dengan sabar, namun didalam hati sentiasa mengharap kebaikan disebaliknya daripada Allah SWT.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Aina terjumpa kata2 ini..di Facebook di satu group kempen mengaji

yang aku takutkan bukanlah perompak, bukan juga pembunuh, bukan juga haiwan buas, bukan juga haiwan berbisa...yang aku takutkan ialah diri aku sendiri..diri yang sentiasa dicabar nafsu, yang selalu memberontak, hingga kita kadang2 terlanjur melakukan kemungkaran pada ALLAH S.W.T
  
aku takutkan diri aku sendiri yang melakukan dosa secara sedar...


tapi aku juga tahu akan ubatnya...ubatnya ialah TAKUT...TAKUT pada PENCIPTA kita...dan CINTAI PENCIPTA kita..

25 September 2011

Isteri mestilah sentiasa 24 hours...



SUPPORT DAN MEMAHAMI SUAMI,dan suami juga perlu begitu





~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


credit this quote to saudari Fatimah Nurhidayu


Duhai kamu yang telah memilihku..

Ingatlah, tak selamanya aku akan cantik di matamu, ada kalanya aku akan begitu kusam dan hodoh. Mungkin kerana aku begitu sibuk di dapur, menyiapkan makan untukmu dan anak-anak kita nanti...Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap, kerana seharian menguruskan istana kecil kita, agar kamu dan anak kita dapat tinggal dengan selesa dan damai.

24 September 2011

Perkongsian iLmu: tidak menutup aurat?!!

Pernah nasihat dan tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat 
Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. 
Dan apa JAWAPAN yang mungkin sesuai untuk mereka.



1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?

Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2.Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang!

Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, 
dia menyalahkan perintah Allah itu. 
“Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia”. 
Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan
” pakai tudung tak mestinya baik..bla…bla…bla…”


3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat.

Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.


4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.

Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi 
dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.

Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci 
dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.

Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.






7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.


Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
perkongsian berkenaan Aina perolehi dari  

Alhamdulillah,ilmu ini adalah dari perkongsian teman2 Facebook di group berkenaan=)
Sekiranya korang berminat..rajin-2 LIKE group ini di facebook=)
Insya-Allah..ada banyak perkongsian ilmu yg berguna dan ukhuwah persaudaraan sesama islam dapat dieratkan=) Amin..

23 September 2011

Dia Pilihanku





Aku sedang menanti dia
Seorang lelaki yang akan bergelar suami
Seorang mukmin yang merindui syahid di jalan ALLAH

Seorang hambaNYA yang senantiasa zikrullah

Dia seorang lelaki yang tegas dan berani
Dia tidak pernah takut untuk berkata benar
Dia tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai diri
Dia sentiasa mengajak aku berjuang berjihad fisabilillah


Dia selalu menghiburkan aku
Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran
Dengan zikir-zikir munajat
Dengan surah-surah rindu yang dihafaznya

Ketika aku leka diulik mimpi indah duniawi
Dia menasihati ku supaya mengingati mati
Ketika aku sedang asyik terpesona dengan buaian cinta dunia
Dia menyedarkan aku betapa lazatnya lagi pesona cinta Yang Maha Esa


Dia memang sentiasa kelihatan penat
Matanya penat kerana membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Badannya letih kerana bermunajat di malam hari

Dia sentiasa mengingati mati
Baginya,dunia ini adalah pentas lakonan semata-mata
Kita hambaNYA adalah pelakon
Hasil keputusan lakonan kita akan diputuskan di padang Mahsyar nanti



Dia sentiasa menjaga matanya dari berbelanja perkara-perkara maksiat
Dia sentiasa mengajak aku mendalami ajaran Islam
Dia seorang yang penyayang dan taat akan kedua ibu bapa
Dia juga sentiasa berbakti untuk keluarga

Dia sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan
Baginya, dugaan-dugaan itulah yang akan menjahit semula
Sejadah imannya yang terkoyak
Lantaran mungkin kerana kekhilafannya sendiri



Dia sentiasa menjaga solatnya kerana itulah maruah dirinya
Dia sentiasa bersedia menjadi imam dan pemimpin keluarga
Dia tidak pernah berasa malu mempertahankan agama IslamNYA
Kerana Islam adalah addin ALLAH yang sebenar-benarnya


Dia sentiasa ingin mencontohi sifat-sifat mulia Rasullullah S.A.W.
Dia juga sentiasa berusaha mencintai kekasih agungnya
Kekasih sejatinya dan kekal abadi
Iaitu ALLAHURABBI




Dia selalu berdoa dan mengimpikan syurga
Dia ingin mengajak aku ke sana sekali
Kerana, di situlah tempat pertama wujudnya cinta
Dia ingin bawa aku ke syurga yang abadi dan hakiki


Aku mencintai dia kerana agamanya dan kerana cintanya kepada Maha Pencipta
Andai dia hilangkan cintanya, maka hilanglah cintaku pada dia
Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku padaNYA
Cinta Illahi jugalah yang menyebabkan aku memilih dia


Siapakah dia..???
Aku juga tidak mengetahui siapakah dia jodoh ku
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu
Doaku, semoga dia tercipta untuk ku
Semoga aku bertemu jodoh dengan dia
Kerana..



Dia pilihan ku..




Kerana Syurga Itu Ada

HI!!!
Aina baru nak start ber-blogging....
tapi maaf,
karya yg ada di blog ini bukan milik aina sepenuhnya, 
kerana adakalanya aina tertarik dgn penulisan kawan2 di blog dan di facebook=)
harap halalkan perkongsian ilmu yg aina ambil ini..


kerana kamu sudi membenarkan saya share penulisan yg ada di blog kamu =)
KoRANG...
kalu nak baca lagi penulisan yg macam ni..
jgn segan2 ke blog yg telah aina letakkan pautan =)

syukran.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jujurlah Sahabatku Kerana Syurga Itu Ada


Sahabatku,
Kerap kali kalau kita jujur kita dituduh bodoh. Bila kita mengalah, kita dianggap lemah. Padahal, kita inginkan keamanan dan kedamaian tanpa kehilangan hak dan harga diri.Walau begitu sukar untuk mendapatnya tetapi jangan sekali-kali kau korbankan jalan yang benar hanya untuk mencapai kemenangan. Biar kalah, jangan salah. Percayalah, kemenangan tanpa kebenaran tetap satu kekalahan di sisi Allah!


Paling teruji apabila kau lihat orang lain yang mengikut lorong salah.. lalu dia cepat sampai, sedangkan kau di lorong yang betul masih lelah menapak dan merangkak. Bila yang batil ketawa, yang benar pastinya teruji melihat kegembiraan itu. Dan hampir-hampir kita melepaskan kebenaran itu semua hanya kerana tidak sanggup melihat kebatilan melonjak ria.

Namun sahabatku, percayalah akhirat itu ada. Ada lagi ketawa di sana. Dan percayalah"One who laugh last, laugh the best"-Ketawa paling akhir (di syurga) adalah ketawa yang paling baik. Beringat-ingatlah, sesiapa yang ketawa dalam membuat dosa ketika di dunia akan masuk ke neraka dalam keadaan menangis.



Sahabatku,
Aku ingin mengingatkan bahawa acapkali duri berselindung di sebalik bunga..iaitu kita yang tercium keharumannya sering alpa akan tusukan bisa di sebaliknya. Sudah lumrah dunia, huluran tangan yang ikhlas dan lembut kadang-kadang dikilas dalam diam dan dendam. Sering juga baldu yang lembut dan halus dihamparkan tetapi di bawahnya ada belati yang paling tajam. Tetapi jangan kau gusar, kekalkan kejujuranmu  walaupun terpaksa terkorban. Asalkan sahaja kejujuran itu diiringi satu kebijaksanaan.

Ingatlah hakikat ini, bahawa tidak ada keadilan yang mutlak di dunia ini. Justeru, di sana ada akhirat supaya segala topeng kepura-puraan yang selama di dunia bertakhta akan terhenyak dan mendapat pembalasan. Jangan gopoh untuk menang. Lihatlah betapa lamanya doa Nabi Musa dimakbulkan. Kenangkan pula betapa lama perjuangan Nabi Ibrahim dimenangkan. Paling nestapa apabila nasib Yasir dan Sumaiyah yang terpaksa terkorban tanpa merasai nikmat kemenangan. Sama pula nasibnya seperti Siti Asiah yang dibunuh oleh Firaun laknatullah.

Apa pinta Siti Asiah menjelang kematiannya? Ya Allah binakan aku sebuah rumah di syurga. Apa pesan Rasullullah untuk Yasir dan Sumaiyah? Sabarlah keluarga Yasir, bagimu syurga. Kenangkan syurga wahai sahabatku...Tagihlah janji Allah itu!

Namun jika itu yang kita ingatkan kepada yang lain, pasti ada yang mengatakan bahawa itu hanya escapisme. Apabila kecewa dengan manusia, Orang "lari" kepada Tuhan; apabila tidak dapat meraih dunia, orang mula merindui akhirat, apabila terlepas kenikmatan nafsu; baru ada yang merintih syurga itu ada!

Bukan, tidak begitu. Keyakinan kepada Allah dan hari akhirat itu adalah tunjang, teras dan pegangan semasa kita hidup di dunia. Jangan terperangkap oleh ateis dalam diri yang mendakwa bahawa manusia itulah yang "mencipta" Tuhan demi ketenangan. Manusia tidak mencipta Tuhan demi satu ketenangan, tetapi Tuhan mencipta manusia untuk mengingatiNYA kerana di situ ada ketenangan.

Lalu selalu kita diperingatkan bahawa selesaikanlah urusan kita dengan Allah, barulah Allah akan membantu kita menyelesaikan urusan kita dengan manusia. Dan sesiapa yang memburu akhirat, dunia akan melutut di kakinya!






Kita tidak selalu benar dalam pendirian dan tindakan.. Kita hanya manusia, walaupun sungguh hati kita ingin mengikut jalan Allah, tetapi kerana kealpaan dan kejahilan kita tersasar jua. Kita ingin tenang, tetapi oleh kerana ketipisan iman dan zikir, pendirian kita goyah jua. Ada rasa marah, ada rasa resah..tetapi semua itu adalah "bayaran tol" di lebuh raya mujahadah.

Sahabatku,
Marilah sama-sama kita berdoa; Ya Allah, ampunkanlah kami, Berilah kami kekuatan untuk memaafkan diri kami sendiri dan juga orang lain. Kami masih tidak pandai mensyukuri nikmatMU kerana kami masih mendidik hati dalam menerima ujianMU.

Ya Allah, cuma satu.. janganlah Engkau serahkan diri kami kepada diri kami sendiri walau sekelip mata. Kutiplah kami Ya Allah untuk selalu dibimbing oleh hidayah dan taufikMU.

Ya Allah, kami sentiasa yakin bahawa kejujuran itu kemenangan dan pilihlah kami untuk menjadi orang yang jujur dan benar..walau apa jua keadaan dan cabarannya!

Amin..

Kita yg sering leka dan lalai..



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
A LETTER FROM IBLIS laknatullah.

ADDRESS: HELLFIRE 

DATE: STARTING TODAY AND EVERYDAY 


DEAR BELIEVERS,

I saw you yesterday as you began your daily chores.
You woke up without a prayer. As a matter of fact, you didn't even bless your meals, or pray before going to bed last night. You are so unthankful, I like that about you. I cannot tell you how glad I am that you have not changed your way of living. Fool, you are mine.

Remember, you and I have been going steady for years, and I still don't love you yet. As a matter of fact, I hate you, because I hate what Allah made out of dirty clay and told us to bow it. How could I bow a dirty clay, when I am made from fire.

I am more superior then you.
I don’t make mistakes.


Whatever I do, is right. I am only using you to prove Allah (God) is wrong."


He kicked me out of Jannah (Heaven), and I'm going to use you as long as possible to prove I am right and I am better then you fools, in every sense. My life (my last resting place) is Hell, but what ever time Allah (God) has granted me, I will do my best to take as many of you fools as possible with me, to Hell.
You see, Fools, ALLAH LOVES YOU and HE has great plans in store for you. I know that I have no power on you if you haven’t yielded your life to me and don’t forget that I made a promise to Allah (God) that I'm going to make your life a living hell. That way we'll be together twice. This will really hurt Allah (God).


Thanks to you.
I'm really showing Him who's better from us, and Allah (God) has made a mistake. With all of the good times we've had... We have been watching dirty movies, cursing people out, partying, going to discos, staying out late with friends, stealing, lying, being hypocritical, indulging in fornication, overeating, telling dirty jokes, gossiping, back stabbing people, disrespecting adults and those in leadership position, NO respect for the mosque, bad attitudes:
SURELY you don't want to give all this up! Come on, Fools, let's burn together forever. I've got some really hot plans for us.

This is just a letter of appreciation from me to you.
I'd like to say "THANKS" for letting me use you for
most of your foolish life. You are so gullible, I laugh at you. When you are tempted to sin, you give in

HA HA HA, you make me sick. Sin is beginning to take its toll on your life. You look 20 years older, I need new blood.
So go ahead and teach some children how to sin. All you have to do is smoke, drink alcohol, cheat, gamble, gossip, fornicate, and listen and dance to the top 10 jams.

Do all this in the presence of children too, and they will do it too. Kids are like that. Your children will be with us in Hell too. That’s the best you and I can
give to your children. Well, Fool, I have to let you go for now. I'll be back in a couple of seconds to tempt you again.

If you don’t get smart, you wouldn’t run somewhere,
confess your sins, live for Allah (God) with what
little bit of life that you have left. It's not my nature to warn anyone, but to be your age and still sinning, it's becoming a bit ridiculous. Don't get me wrong, I still hate you ... and I wont go to Hell alone!

Always waiting for you,

Satan .. Devil .. Iblis

P.S. -And if you really love me, you won't share this informations with anyone! " 

SuRat Seorang MusLiMah kepada Future Husbandnya




Assalamualaikum,
my future husband.I don't know who you are.May ALLAH give me the best.Ana kat sini bukanlah nak menjadi seorang yang demanding sangat pasal memilih calon husband ana.tapi,ana nak anta tahu,yang ana bukanlah seorang wanita yang begitu sempurna.Ana bukanlah seorang hafizah yang mampu membaca Al-Quran sampai 30 juzu' tanpa melihat AL-QURAN.walaupun ana begitu mengarap untuk jadi seorang hafizah macam tu.Sebab kelebihannya,tak kan di makan oleh api neraka seseorang yang mempunyai AL-Quran dalam dirinya.Tapi,ana nak anta tahu,seandainya anta ditakdirkan untuk ana,maka ana berharap sangat anta dapat menjadi seorang suami yang soleh.Lebih baik,sedia soleh tanpa tunggu masa nak kahwin,baru nak jadi soleh.Macam hipokrit pulak.Jangan depan ayah ana,anta bersikap baik,tapi belakang ayah,anta jadi orang lain.Anta kena ingat,wanita memang ramai dalam dunia ni.Bahkan,tanda-tanda dunia hampir kiamat,nisbah wanita dan lelaki adalah 40:1.MashaAllah.Ramai betul.Kalau macam ni,memang ramai lah wanita yang tak kan ada suami sampai akhir hayat mereka.Tapi,dengan jumlah wanita yang ramai ni,jangan anta nak ambil kesempatan pulak nak cari isteri yang ke-2,ke-3,dan yang ke-4.



Sebenarnya,ana memang tak boleh nak tolak hukum syara' yang menghalalkan poligami.Bahkan Rasulullah sendiri mempunyai 11 orang isteri.Pada ana,kalau anta nak jugak kahwin lagi,boleh dibawa berbincang.Sebab ana pernah dengar cerita dari ustaz ana masa sekolah menengah,isteri beliau sendiri mencadangkan untuk mengahwinkannnya dengan seorang wanita.WAIT!Jangan gembira sangat.Wanita yang dicadangkan adalah seorang janda,berwajah cantik jugak,tapi yang paling penting,wanita itu seorang yang solehah.Menjaga setiap tutur kata dan pakaiannya,menjaga amal ibadat dengan sebaiknya,mengikut apa yang diperhatikan oleh isteri ustaz itu.Tapi,ustaz tu berfikir dan berfikir.Dan akhirnya,ustaz menolak untuk menerima wanita janda itu sebagai isterinya.MashaAllah.Ana kagum dengan suami yang sebegitu.Ana berusaha nak jadi wanita sebaik isteri ustaz itu,malah,InshaAllah lebih baik lagi.Mencontohi isteri-isteri Rasulullah.Ana simpan azam tu.Yang penting anta kena adil seadil adilnya.Ana nak jugak dapat payung emas.Dan kalau dengan cara berpoligami tu ana boleh dapat keredhaan anta,ana redha kerana ana nak redha Allah.Walaupun madu itu sebenarnya racun bagi seorang wanita.Lebih-lebih lagi orang yang macam ana.Kuat cemburu.haih...



Tak mengapa andainya anta seorang yang kurang harta dunia.Itu kita boleh usahakan sama-sama.Tapi,bukan anta kurang harta akhirat.Ana tak pentingkan mas kahwin dan hataran yang berpuluh-puluh ribu,kenduri kendara yang besar-besaran.Ana tak suka nak ada pelamin dalam majlis perkahwinan kita.Ana tak suka nak menunjuk-nunjukkan apa yang kita ada.Andainya anta seorang yang berada,itu adalah satu rezeki.Atau anta adalah seorang yang berpendapatan sederhana,itu tidak mengapa.Ana ulang balik,jangan kurang harta akhirat.Jangan anta kurang amal ibadat.Anta kena tahu banyak hukum-hakam agama.Ilmu Feqah,Tauhid,Ulum Syariah.Lebih baik kalau anta tahu lebih mendalam lagi pasal agama ni.Supaya hidup kita tidak kucar-kacir kerana tanpa agama,rumahtangga kita akan runtuh,tiada keberkatan.Ana harap anta tahu semua tu.Anta sudah tentu boleh berfikir dengan waras dan matang sebagai lelaki yang akan menjadi khalifah,pemimpin dan membantu tulang rusuk kiri yang bengkok ini.Iaitu ana.



Ana tahu anta seorang yang mengikuti perkembangan semasa.Anta ada facebook,twitter,tumblr,frenster,dan apa-apa lagi lah laman sosial yang popular sekarang ni.Ana tak marah kalau anta bukak facebook hari-hari ke.Cuma,gunakan dengan jalan yang betul.Jalan yang boleh membawa bekal akhirat untuk anta.Dakwah.Ana tak nak anta leka dengan laman sosial tu,dan mengabaikan urusan yang lebih penting.Urusan dengan Allah.Dan jaga rumahtangga.Jangan sebab facebook,rumahtangga huru hara sebab anta layan perempuan-perempuan mane entah kat facebook tu.Anta kena letak status,"married to".Kalau ana dah sah jadi isteri anta.InshaAllah.Jangan browse gambar-gambar yang tak senonoh dalam internet tu. Kalau ana dah jadi isteri anta,inshaAllah,ana akan deactivate kan account facebook ana tu.Cuma ana minta izin untuk berblogging,kerana hanya dengan cara ini,ana dapat ikut sunnah Nabi,melakukan kerja-kerja Nabi,walaupun tak macam tabligh,sekurang-kurangnya,ada secebis saham ana untuk akhirat meggunakan teknologi masa kini.



Ana nak jugak my future husband ni seorang yang menjaga pandangan.Al-maklumlah,sekarang ni ramai wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang.Tanda-tanda umat akhir zaman.Jangan salahkan wanita tu,tapi,kalau berani,anta tegur je depan-depan,dengan cara yang terbaik.Niat dakwah dan tugas anta sebagai khalifah,kena tegur diorang jugak.Dan kalau orang yang bukan Islam tu,memang ramai yang sexy-mexy.Kalau anta dah terpandang sekali,jangan pandang lagi,tau!Pandangan pertama itu rezeki,pandangan kedua itu dah jadi dosa.Ingat tu!Nanti Allah soal kat akhirat.



Lagi satu,ana nak anta jaga percakapan elok-elok.Tak kisah la sama ada dengan kawan-kawan ke,parents ke,saudara mara,sepupu sepapat,dan sesape je lah yang anta jumpa untuk berkata-kata,jangan sesekali menggunakan perkataan yang tak senonoh.Mencarut!walaupun dengan niat nak bergurau,tau!Jaga tingkah laku.Untuk diri ana,InshaAllah ana akan jaga diri ana dengan sebaiknya,dan ana mintak sangat anta tegur je apa-apa kesalahan yang ana lakukan.Straight to the point!Jangan simpan-simpan tahu.Nanti syayathin akan menambahkan lagi luka di hati ana dan akan menjadi satu perkara yang tak baik kalau anta tak nak,atau tak berani nak tegur ana depan-depan.Nanti ana dapat dosa dalam diam.Allah tak redha akan hidup ana sepanjang-panjang anta kecil hati dengan ana.Anta nak ke isteri anta masuk neraka kerana tak dapat keredhaan Allah gara-gara anta tak berani nak cakap terang-terang untuk tegur kesalahan ana.Nauzubillahiminzalik.



Rasa-rasanya,dah terlebih banyak dah ana punya nota ni.Nota panjang sebagai peringatan buat anta,my future husband.Kalau dah akad nikah nanti,ana tukar nama panggilan buat anta.Ana akan panggil nama yang sangat special untuk anta.Nak tahu?hehe..tak boleh!Doakan jodoh kita dipertemukan di dunia ni,InshaAllah.Sebab,kalau ana dapat jadi seorang ibu di dunia ni,banyak pahala yang ana dapat kumpulkan berbanding dengan wanita yang belum berkahwin.Banyak sangat kelebihan-kelebihan wanita yang dah berkahwin ni.MashaAllah.Ana nak kejar semua tu sementara ana masih lagi diberi rezeki nafas nyawa,iman dan tenaga oleh ALLAH s.w.t.



Sesungguhnya wanita itu senang nak dapat pahala,senang jugak nak dapat dosa.Ana kena taat kepada Allah,Rasulullah,anta,dan parents ana.Ha..satu lagi,ana nak ingatkan,kalau anta inginkan cinta ana,cintailah Allah dan Rasulnya dulu.Cintailah ana kerana Allah.



Em..okeylah anta.Ana akhirkan tinta ana kali ni,dengan kata-kata terakhir,:
*maintain or upgrade our iman
*Cinta ana kepada anta adalah kerana Allah dan Rasulnya semata-mata,InshaAllah.Jika hilang Allah dan Rasul dalam diri anta,maka akan turut hilanglah cinta ana kepada anta.
*May ALLAH bless mukmin and mukminah
*May ALLAH be with us
*Barakallahufik!

ASSALAMUALAIKUM..
Sincerely from my heart,
Your Future Wife




Kenapa asyik perempuan sahaja yang dipersalahkan dalam bab fiqah?

kawan-kawan,
untuk lebih lanjut,.sila ke link yg saya letakkan diatas=)






Soalan: Kenapa asyik perempuan sahaja yang dipersalahkan dalam bab fiqah?




Jawapan: Kerana wanita itu dijadikan untuk lelaki, kesalahan lelaki sering berpunca dari wanita. Turunnya datuk Adam ke bumi juga kerana nenek Hawa. Allah telah menggariskan undang2 buat perempuan dan juga lelaki di dalam al-furqan. Ia bukan bersifat berat sebelah, ia lebih kepada memelihara dan mengangkat maruah perempuan di mata lelaki. Wallahu a'lam




Allah telah memelihara maruah perempuan dalam bab aurat. Kita lihat, bila perempuan tak pakai tudung, lelaki mesti cakap, ini perempuan jahat. Bila pakai seksi, ini pelacur/bohsia. Bila keluar seorang diri malam-malam, lelaki akan berkata, "aku boleh makan dia ni".
Tapi yang menariknya, jika perempuan berjubah dan bertudung labuh, lelaki pasti cakap.. "Kalau isteri aku macam ni kan bagus.." atau "ini perempuan solehah"

Maka, kenapa perempuan harus bersedih? La Tahzan, Allah dah buat undang2 yang terbaik di dalam quran!

Kerana diri cuma An-Nisaa akhir zaman




Ya Allah..
Jadikan aku tabah seperti Ummu Khadijah,Sehingga dirinya digelar afifah solehah,Dialah wanita pertama,Tiada ragu mengucap syahadah,Pengorbanan bersama Rasulullah,Susah senang bersama,Walau hilang harta kerana berdakwah,Walau dipulau 3 tahun 3 bulan,Imannya sedikit pun tak berubah,Mampukah aku setabah dirinya?Andai diuji sedikit sudah rebah..Baru dihina sudah mengalah,Ya Allah..tabahkan aku sepertinya..

Ya Allah..
Jadikan aku semulia Fatimah Az-Zahrah,Betapa tinggi kasihnya pada ayahandanya,Tidak pernah putus asa pada perjuangan dakwah baginda,Anak yang semulia peribadi baginda,Tangannya lah yang membersihkan luka,Tangannya jua yang membersihkan cela,Pada jasad Rasulullah tercinta,Gagahnya dirinya pada dugaan,Mampukah aku sekuat Fatimah?Saat diri terluka dendam pula menyapa,Saat disakiti maki pula mengganti,Ya Rabbi..teguhkan hatiku sepertinya..

Ya Allah..
Jadikan aku sehebat Masyitah dan Sumaiyah,Tukang sisir yang beriman dan Keluarga Yasir yang bertakwa,Sungguh kesabaran mereka menggoncang dunia,Iman tetap terpelihara walau nyawa jadi taruhan Mampukah sabarku seperti mereka?Tatkala digoda nafsu dunia..Entah mana hilangnya Iman di dada..

Ya Rahman..
Kuatkan Imanku seperti Masyitah,Terjun penuh yakin bersama bayi ke kuali mendidih,Kerana yakin Allah pasti disisi,Sabarkan aku seperti sumaiyah,Biar tombak menusuk jasad..Iman sedikit pun takkan rapuh..

Ya Allah..
Jadikan aku semulia Ummu Sulaim,Perkahwinannya dengan Abu Talhah atas mahar Iman,Islamlah Abu Talhah sehingga menjadi sahabat Rasulullah,Betapa hebatnya tarbiyyah isteri pada suami,Hinggakan segala panahan ke Rasulullah pada hari uhud,Disambut dengan belakang jasad Abu Talhah..

Ya Allah..
Tarbiyyahkan aku pada cinta sepertinya,Tingginya nilai cinta pada harga Iman,Mampukah aku menatap cinta itu?Sedangkan rupa yang menjadi pilihan,Ketulusan Iman diketepikan,Ya Allah..Ilhamkan aku pada cinta sepertinya..

Ya Allah…
Jadikan aku sehebat Aisya Humaira,Isteri termuda Rasulullah,Biar dilempar fitnah,Dia tetap teguh pada ketetapanNya,Isteri sejati yang memangku Nabi,Pada saat terakhir baginda,Hadis dan Sunnah Rasulullah dipertahankan,Betapa hatimu seorang mujahidah..

Ya Allah..
Mampukah aku contohi dirinya?Pada fitnah yang melanda,Diri mula goyah dan putus asa,Teguhkan Imanku sepertinya..Ya Rahim..

Ya Allah..
Teringat diri pada Khansa,Empat orang anaknya mati di Jalan ALLAH,Dia meratap tangis..Anak sulungnya syahid,Anak keduanya turut syahid,Anak ketiganya dan keempat jua mati syahid,Namun tangisan itu bukan kerana pemergian anak tercinta,Jawabnya kerana tiada lagi anak yang dihantar untuk berjihad

Ya Allah..
Mampukah aku menjadi ibu yang berjihad?Sedang anak tak tutup aurat pun masih tak terjawab,Sedang anak tinggal solat pun buat tak kisah,Berikan aku kekuatan sepertinya..Agar bersedia pada akhirat..




Wahai kaum Adam yang bergelar khalifah..
Diriku bukan setabah Ummu Khadijah, 
Bukan jua semulia Fatimah Az-Zahrah,
Apa lagi sesabar Masyitah dan Sumaiyah,
Mahupun sehebat Ummu Sulaim 
Dan tidak seteguh Aisya Humaira 
Kerana diri cuma An-Nisaa akhir zaman

Dimana Aurat semakin dibuka terdedah
Dimana syahadah hanya pada nama
Dimana Dunia yang terus dipuja
Dimana nafsu fana menjadi santapan utama
Dimana batas sentiasa dileraikan
Dimana ukhuwah sentiasa dipinggirkan

Wahai Kaum Hawa
Kita cuma An-Nisaa,Para pendosa yang terbanyak di neraka,

Lantas walau tak setabah para Mujahidah,
Namun Tabahlah pada ketetapan Allah Kerana padanya ada Syurga!
Walau tak semulia para wanita sirah 
Tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara kerana padanya ada Pahala!
Walau tak sesabar para wanita solehah 
Namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa 
Kerana padanya ada bahagia!

Sesungguhnya Hawa tercipta dari Tulang rusuk kaum Adam,

Bukan untuk ditindas kerana lemah 
Tapi untuk dilindungi kerana Indah dan Indah apabila tertutup terpelihara 
Kerana disitulah terjaganya Syahadah 
Bak mekarnya wanita dalam sirah 
Tuntunlah kami ke arah syurga..
Bicara dari An-Nisaa yang hina..
Makbulkan doaku..Aamiin Ya Rabbal A'lamin..





 
All Copyright Reserve by Me . Design by Mojat Cerewet