Nuffnang : My Dream To Buy House

11 Oktober 2011

アイナ Dear Diary : As A Critical-3 Student..


Hari ni dah mula ke kelas malam di sekolah. 

Start with English subject.. As exam just around the corner.. I have to struggle!! I want to score at least 6A 3C+. Please pray for my success and wish me luck. I WANT Abah proud with me, because I'm always failed to make him smile when my result was not as what him expected.





09 Oktober 2011

アイナ Dear Diary : 36 day's to GO!!


Apasal plak ni??haii..Aku menggelabah loni... SPM DAH MAKIN HAMPIR. AKU dah dapat result MR.trial SPM..dan ianya sungguh-sungguh MENAKUTKAN dan aku kecewakan banyak orang!!!



seperti biasa.. ASYIK-asyik アイナ  aje yg FAIL!!! 
KIMIA, ADDMATH~~

BM..wokey la, A- atas pagar..walaupun saya melakukan kesalahan semasa menulis karangan, semasa wat rumusan, semasa jawab Kertas 2 BM.. aiyoo..

English?? Ko xpayah tnye! Meh aku nak citer..
Aku AKUI..AKU MMG LEMAH GRAMMAR.. kalu suruh wat essay..
pjg karangan berjela-jela.. 2-3 kertas aku rembat masa jawab..
tapi itulah jugak kelemahan aku sbb.. Kesalahan grammar yg bnyk myebabkan teacher wi markah u(ii) x lbh dari 16..** eh! betul ke aku tulis tu?? 


Paper 1 sangat2 buat aku kEciwa , Mostly ESSAY Directed Writting.
**Teacher Nik comment=) Keep it UP for Paper 2 , help your mark a lot!..

Pendidikan Agama Islam.. ALHAMDULILLAH..x mengecewakan aku.. Thank to eimah n' Nurafiqah as both of you guy sudi terima aku study sebelah korang=) Paper 2 aku jawab dgn hati yg riang..hahahaha..cuma sejujurnya..Aina lemah lau bab-bab tajwid ni.. Paper One plak.. sedih sikit..
markah saya ciput..aduhai.. tapi apapun.. aku bersyukur sbb Still A- in P.A.I.

"Na, kalu mg x leh dapat A Pai, malu la.kita kan ore Islam.." kata AIMAN masa aku form 3 mulow...masih terngiang-ngiang di telingaku..

Then..EH!! MAAF! ayat cmpur2 plok doh..
hmm..SJ,MATH,BIOLOGY..just dapat C..

ADA satu lagi subjek yg aku lupa nk inform.. PHYSICs..
I JUST GOT E..........=( damn!!

na..xkey mg nop bowok result gini for SPM ??
AIISSSHH..X SANGGUP AKU! malu weh kalu x leh result COME! nama skoloh ahm*d m*her..
xkeyy gini key..WELL..AKU KENA BERUBAH!!!

I WANNABE A FORENSIC..
SO AKU KNA BELAJAR SUNGGUH!
BIAR MASUK UNIVERSITI bukan masuk "Uterus"..


アイナ Dear Diary : Peaceful Library

Jangan lupa untuk selalu mengunjungi maher PSS !!


Hotstuff!!!


Jangan Lepaskan PELUANG untuk menggunakan setiap kemudahan yang ada di Library ini.


Okay..as a librian..aina nak kongsikan maklumat iaitu..


Mulai tahun 2011, Maherpss mengeluarkan Kad Keahlian bersaiz kad pengenalan. Contoh Kad Maherpss seperti dibawah:-




Bilik Karel juga telah siap dan boleh digunakan oleh semua warga Maher. Bilik Karel ini TERHAD penggunaanya kepada 3 orang dan sama jantina sahaja dalam satu-satu masa. Tempahan Bilik Karel boleh dibuat sekarang dikaunter MaherPSS. Berikut sedikit gambar berkenaan Bilik Karel. Terima kasih.


sumber asal dari http://maherpss.wordpress.com/info-terkini/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Dan Pada hari Ahad 17 April 2011 telah berlangsung Majlis Penutupan Bulan PSS dan Anugerah NILAM. Majlis telah berlangsung dengan jayanya. Berikut dipaparkan beberapa gambar berkaitan dengan majlis tersebut.


Senarai nama pelajar yang menerima Anugerah NILAM Rakan Jauhari pada 17 April 2011. Untuk makluman seramai 54 orang (Gangsa), 33 orang (Perak), 8 orang (Emas) dan 2 orang (NILAM) dijangka akan menerima Anugerah tersebut.







ANUGERAH NILAM RAKAN JAUHARI NILAM (288 buku ke atas) 


1. NUR HIDAYAH BT MOHAMAD ZULKIFLI 4 AL-RAZI 
2. WAN NOOR AINA BT W. AZMI  5 AL-NAFIS  


**sila tgk nama saya ada tak??huhuhu.. Maaf, entry sedikit riak...sOwie2..



Kepada semua warga Kluster MAHER   Tingkatan 1, 2, 3, 4, 5 dan 6
Bacalah …… petikan, buku agama, buku motivasi, Novel, buku cerita, majalah, journal, dsb. (buku teks, rujukan & Akhbar tidak dikira)
Catatkan dalam buku NILAM (dapatkan di koperasi) (jika buku NILAM itu dari sekolah Menengah asal, boleh digunakan juga)
Anda layak menjadi PEMENANG
ANUGERAH NILAM YANG AKAN DITERIMA:
GANGSA  72 – 143 buku
PERAK  144 -215 buku
EMAS    216 – 287 buku
NILAM  288 ke atas
Terima kasih kerana menyokong NILAM.
Sebarang pertanyaan sila berjumpa Pn Suhaida Shafii,
(kak dah kat library pun boleh..cikgu zaidi pun boleh g tnye jugak ;)

08 Oktober 2011

Apabila hati seorang Muslimah terluka

Credit to http://mylittlelifee.blogspot.com


Bismillah ~


Ketika hati seorang muslimah terluka,
dia akan menghapus air matanya dengan imannya.

Ketika hati seorang muslimah terluka,
dia akan menguatkan hatinya dengan ilmunya .

Ketika hati seorang muslimah terluka,
hati-harinya akan ia penuhi dengan semangat perubahan lebih baik pada dirinya.

Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia menari dalam doa permohonan ampunnya terhadap Rabbnya.

Ketika hati seorang muslimah terluka,
wajah kusutnya tetap terlihat indah bagi dunia.

Ketika hati seorang muslimah terluka,
bibir merahnya menyimpulkan senyuman untuk hidupnya.

Ketika hati seorang muslimah terluka,
matanya basah dek lembutnya hatinya.


Ketika hati seorang muslimah terluka,
dunianya terasa akan terus berjalan dan dia harus kuat.

Ketika hati seorang muslimah terluka,
ayat-ayat cinta Sang Kekasih sampaikan ketenangan pada hati kecilnya.

Ketika hati seorang muslimah terluka,
akal dan hatinya hadir untuk menanti kesedarannya.

Ketika hati seorang muslimah terluka,
tak akan ada perubahan dalam dirinya oleh hal-hal yang tidak berguna.

Ketika hati seorang muslimah terluka,
dia gunakan kesedarannya untuk menjaga perasaan orang sekitarnya..
Meski luka lama di hatinya sendiri kembali berdarah.

Ketika hati seorang muslimah terluka,
air matanya dijadikan doa untuk keselamatan orang yang melukainya.


Ketika hati seorang muslimah terluka,
jari-jemarinya bergerak untuk tetap menolong orang lain tanpa beban di hatinya.

Ketika hati seorang muslimah terluka,
hidupnya tetap menjadi kebahagiaan bagi orang disekelilingnya.

Ketika hati seorang muslimah terluka,
dia tetap meneruskan liku-liku hidupnya.

Ketika hati seorang muslimah terluka,
kepercayaan dirinya tetap tak akan pudar.

Ketika hati seorang muslimah terluka,
dirinya tetap menjadi MUSLIMAH kerana dia yakin janji Allah itu pasti.

************
"Pesan pada hati, usah terlalu membenci akan satu wajah, kerana rindu pasti bertandang.. Pesan pada hati,jangan merindu pada kenangan, kerana pasti akan mengalir air mata kesedihan.. Pesan pada hati, jangan di kenang kenang akan cerita lalu, kerana akan ada kecewa yang hadir."

Luka Semalam - Akhir | iluvislam.com + discover the beauty of islam



Malam itu, Pak Rahman sanggup menghantar bekalan itik bakar buat Safiyya. Kasihan terasa kerana gara-gara mengidamkan itik bakar, anaknya ditimpa pukulan hebat sekali. Semasa Pak Rahman tiba, Safiyya dilihat duduk termenung di jendela dapur.
'Ya Allah, berikanlah kekuatan buat anakku, Safiyya. Berikan bahagia buatnya', doa Pak Rahman.
"Fiya, ayah datang nie", beritahu Iqmal.
Safiyya berpaling dan tersenyum manis buat ayahnya. Dia menyembunyikan rasa kecewa itu. dalam hatinya tertanya, 'kenapa maknya tidak ikut sekali. Barangkali mak kecewa dengan aku. tapi adakah ini salah aku?'
"Ayah". Safiyya segera mencium tangan ayahnya
"Ini untuk Fiya dan cucu ayah", Pak Rahman menghulur bungkusan kepada Safiyya sambil tersenyum simpati.
"Terima kasih, ayah".
Iqmal mempelawa Pak Rahman duduk di ruang tamu. Sambil menonton rancangan di televisyen, mereka berbual kosong. Safiyya datang menghidang minuman dan itik bakar tadi."Jemput minum ayah, awak sekali ya", seloroh Safiyya pada Iqmal dan Pak Rahman
'argh! Safiyya memang pandai menyembunyikan perasaan kecewanya', desis Iqmal
Safiyya duduk di atas permaidani berdekatan meja. Senang baginya duduk dibawah sambil makan itik bakar.
"Fiya ikut Iqmal pindah ke Jordan juga", tanya Pak Rahman.
Safiyya diam. Sebenarnya, sejak petang tadi lagi Iqmal dah bertanya kepada Safiyya namun dia masih memikirkan jawapan ke Jordan. Akhirnya, dia mengangguk. Biarlah dia dan Iqmal mulakan kehidupan baru di sana dan sememangnya, Safiyya tidak meragui Iqmal.
"Bagusla. Harap Fiya bahagia di sana ya, nak.", Pak Rahman berharap lagi.
"InsyaAllah, ayah. Lusa kami akan berangkat." Jawab Safiyya.
"Yeke. awalnya? Rumah ni?", Pak rahman jadi hairan.
"emm, dah ada penyewa, ayah. Mereka sanggup bayar lebih kerana perabot juga ada walaupun tak banyak. Kami cuma perlu bawa pakaian dan barangan penting sahaja. Di sana juga ada apartment buat kami. Kerja banyak di sana, jadi saya terpaksa pergi awal.", Iqmal mencelah.
Safiyya mengangguk lagi. "Ayah tolong tengok-tengokkan rumah ni ya", pinta Safiyya.
Pak Rahman tersenyum.
Tiba di lapangan terbang, Safiyya duduk kepenatan. Dia sudah sarat sebenarnya dengan kandungannya. Cuma Mak Limah dan Pak Jalil yang menghantar mereka. Maklumlah, Iqmal sebenarnya anak tunggal. Safiyya menunggu ayahnya. Perasaannya gelisah. Takut-takut ayahnya terlewat dan mereka tak sempat bertemu.
"Jangan risau, ayah mesti datang", Iqmal cuba menenangkan isterinya.
Selang beberapa minit, Pak Rahman datang bersama keluarga kakak sulung Safiyya, Sakinah. Safiyya tersenyum. Namun Mak Siti tidak kelihatan. Hatinya hampa.
"Jaga diri baik-baik, nak", Pak Rahman berpesan sambil mengusap kepala Safiyya yang tunduk mencium tangannya.
Safiyya tersenyum lagi. "kirim salam saya buat mak" Pak Rahman mengangguk.
Seterusnya, Safiyya merapati Sakinah. "Jaga ayah dan mak untuk saya ya", sambil memeluk kakaknya."
"Baiklah. Kamu tu, jangan banyak sangat fikir. Kirim e-mail bila kelapangan pada kakak tau. Kakak nak tengok anak saudara yang satu ni", pesan Sakinah sambil memegang lembut kandungan Safiyya.
Ada air jernih membasahi pipi Safiyya dan Sakinah. Namun mereka tetap tersenyum.
Kapal terbang Air Asia itu meninggalkan bumi Malaysia seperti Safiyya sendiri, meninggalkan segala kepahitan yang dirasanya..
************************************
"Fiya, minum dulu sayang", Iqmal menghulurkan coklat panas. Satu untuk Safiyya, dan satu lagi buat dirinya. Lamunan Safiyya terhenti dengan pelawaan Iqmal. Sedari tadi Safiyya merenung keluar jendela malam.
"Awak. kita balik raya tahun ni ya?", Safiyya bertanya. Iqmal terdiam. Dia merenung ke arah Safiyya. Dia takut luka isterinya akan berdarah lagi.
"Awak janganla takut. Saya cuma nak bawa Aman balik jumpa atok dan neneknya. dah 5 tahun anak itu. Ibu awak pun mesti nak tengok cucunya kan?", Safiyya menyakinkan Iqmal.
"Ok. Kita pun dah lama sangat beraya kat sini. Rindu juga saya pada mereka", Iqmal menambah.
Safiyya duduk di lantai bersebelahan suaminya. Kepalanya diletakkan betul-betul di atas peha Iqmal yang duduk di atas kerusi.
"Awak, maafkan saya atas segala yang berlaku pada kita bertahun dulu. Luka saya dah pulih. Saya percayakan awak sebab itu saya akan pertahankan awak. Biarla yang berlalu itu saya simpan jadi sejarah atau mungkin boleh saya buang sahaja. Asalkan kita tetap bersama kerana cintakanNya", Safiyya kepiluan
Iqmal meletakkan cawan yang dipegang. Rambut Safiyya di usap lembut.
'Ya Allah, Kau telah kurniakan aku isteri yang solehah. Moga cinta kami sentiasa di landasan Mu, Tuhan', doa Iqmal dalam hati
"Awak tak salah. Saya yang bersalah. Jangan risau, sayang. Selagi ada jodoh kita, hanya ajal memisahkan ikatan pernikahan ini.", Iqmal berjanji
"Terima kasih, sayang", Safiyya membalas.
'Ya Allah, Kau telah kurniakan aku sebaik-baik suami. Jangan Kau hilangkan rasa cintaku ini padanya dan jangan pula Kau lekakan kami dengan cinta ini', hati Safiyya berbisik.
Safiyya tersenyum dan berharap agar Syawal tahun itu membahagiakan mereka sekeluarga.

Luka Semalam - Bhgn 2 | iluvislam.com + discover the beauty of islam



Kandungan Safiyya sudah mula membesar. Sudah 6 bulan. Dia terasa bahagia. Iqmal yang paling risaukannya. Ibu mertuanya, Mak Limah juga sama. Asyik sahaja ke rumah mereka untuk temankan Safiyya. Katanya risau Safiyya duduk rumah seorang diri kalau Iqmal ke pejabat.
Safiyya tersenyum dengan telatah ibu mertuanya itu. Mak Safiyya pula ke sini selalunya pada hujung minggu sahaja. Iqmal pula pandai membahagikan masa di pejabat dan di rumah. Kadang-kadang, kerja pejabatnya dibawa ke rumah.
'Syukur padaMu, Ya Allah  atas bahagia ini', Safiyya bersyukur.
Selama dia mengandung, Safiyya tidak pernah mengidam bukan-bukan lagi.
Sampai satu malam tu, dia mengejutkan suaminya.
"Awak, bangun kejap, saya nak cakap nie, bangun la kejap", sambil mengoncang tubuh suaminya.
"urm... apa dia?", mata Iqmal antara buka dan tutup. Tapi digagahkan juga untuk bangun.
"Saya nak makan daging itik la. Kita balik rumah mak saya ya?. Esok kita balik ya. Saya nak yang ayah saya sembelih sendiri. Lepas tu bakar. Mesti sedap!" Safiyya meminta bagai anak kecil.
"Hah?! Itik? sekarang ke?", Iqmal terkejut
"Bukan, bukan sekarang. Saya tahu awak mengantuk lagi. Esok kita balik rumah mak saya ya.",Safiyya menjelaskan lagi.
"Esok? Itik? Balik rumah mak?ok. Kita tidur dulu ya",  Iqmal memujuk.
Tersenyum lebar Safiyya lalu kembali berbaring.
Keesokkan harinya, Safiyya dan Iqmal sampai di rumah mak dan ayahnya. Hanya 1 jam perjalanan dari rumah mereka. Safiyya dengan terujanya mendapatkan ayahnya di belakang rumah. Di situ juga ditempatkan ladang itik kepunyaan ayahnya.
'Mesti sedang sibuk bagi makan pada itik-itiknya la tu', desis Safiyya.
"Assalammualaikum..", sopan Safiyya menyalami ayahnya.
"Waalaikummusalam. Eh. Anak ayah dah balik. Iqmal mana?"
"Ada di depan, ayah. Fiya nak makan daging itik la. Ayah sembelihkan ya. Lepas itu, kita bakar",Safiyya cepat-cepat memberitahu hajatnya seperti merengek-rengek
Pak Rahman mengeleng kepala dan tersenyum melihat anaknya yang mengidam itu. Safiyya adalah anak yang paling rapat dengannya. Padanya, Safiyya yang paling mendengar kata, jadi dia sangat berbesar hati melakukan apa saja untuk anaknya itu. Tetapi Pak Rahman tidak pernah pilih kasih dengan 4 orang anaknya lagi.
"Boleh fiya. Dah salam mak belum?", Pak Rahman bersetuju dan bertanya
"Belum. hehe.." Safiyya hanya tersengih.
"Kereta siapa di depan tu, ayah?", tanya Iqmal sambil menyalami Pak Rahman.
"Honda warna biru tu?" Iqmal mengangguk.
"Anak Mak Long kau punya tu, si Maya. Katanya nak makan tengah hari bersama. Mak Long pun ada tu.", Jawab Pak Rahman tenang.
Iqmal dan Safiyya berpandangan
"Dah. pergi masuk dulu. Ayah nak pilih itik yang mana nak kena sembelih nie.", ayah bercakap sambil memanjangkan lehernya mencari itik yang sesuai.
Iqmal dan Safiyya berjalan tenang ke dalam rumah. Sempat Safiyya menjeling dengan ekor matanya kepada perempuan berbaju biru dengan seluar jeans dan tudung putih di kepala yang dikemas rapi duduk di sudut ruang tamu. Safiyya sebenarnya tak sanggup menatap wajah kakak sepupunya itu. Terasa sakitnya kembali menusuk. Dia terus ke dapur melalui ruangan tengah.
"Mak", Safiyya menyalami emaknya yang sibuk di dapur. Diikuti dengan Iqmal.
"Hurm, dah balik kamu. Mimpi apa ke mari?", Mak Siti menegur anak menantunya itu sedikit sinis.
"Fiya teringin nak makan daging itik katanya, itulah dia ajak ke mari", Iqmal tenang menjawab.
Dia sebenarnya dah berasa tak sedap hati sejak dalam kereta lagi.
Mak Long hanya memerhati tingkah mereka. Safiyya menyalami Mak Longnya juga sambil tangan Mak Longnya mengusap lembut kepalanya. Safiyya tersenyum. Ada simpati di mata Mak Longnya. Bagaikan mengetahui apa yang berlaku antara Safiyya, Iqmal dan Maya.
"Sihat, Fiya?", tanya Mak Long.
"Sihat, Alhamdullillah."
"Baby dalam perut sihat?" Mak Siti pula menyoal.
"Baby lagi sihat", Safiyya menjawab bahagia.
"Hah! dah balik rupanya perempuan nie?", Maya menyergah dari belakang Safiyya.
Safiyya sedikit terkejut, lalu pura-pura membantu Mak Siti membasuh pinggan.
Iqmal hanya melihat geram. Dia sudah berdiri di pintu dapur yang menghadap ladang itik Pak Rahman.
"isy! Maya ni, kenapa kasar sangat bahasa tu. Mak tak ajar pun", Mak Long menegur anaknya.
"Rasanya, Mak Siti pun tak ajar anak dia jadi perampas kekasih orang!", Tambah Maya lagi.
Berderau darah Safiyya mendengarnya. Dia menjadi seram sejuk. Rasa nak pitam pun ada. Dia menutup paip air yang digunakan tadi. Mak Long dan Mak Siti saling berpandangan.
'Ya Allah, jauhi aku dari permusuhan ini', doa Safiyya.
Maya mendekati Mak Siti. Dia cuba mengapi-apikan makciknya itu.
"Mak Siti tahu tak, Iqmal ni sebenarnya kekasih Maya. Safiyya yang tak tahu malu tu yang berani-beraninya berkahwin dengan kekasih kakak sepupu dia sendiri".
Mak Siti memandang Safiyya bagi mencari kepastian.
"Eh. Iqmal. Apa yang you nampak pada Safiyya tu? Dia ada diploma je. I ni, ada master, ok! Sekarang I ada kerja besar lagi. You pun boleh tumpang sekaki. Ingat tak janji you dulu pada I. Kita kan dah rancang nak kahwin juga", Maya cuba merayu pada Iqmal sambil tangannya mengapai lengan Iqmal. Tapi sayang sekali, kata-kata Maya hanya mencabar kelakian Iqmal.
Safiyya menjadi geram. Dia mendekati Maya dan menepis tangannya.
"Akak! Cukup dengan semua ni. Dia dah jadi suami saya. Dia milik saya. Akak tak ada hak nak pegang-pegang suami saya. Iqmal suami saya. Terimala kenyataan. Cerita 2 tahun dulu sudah tamat buat akak dan Iqmal. Sanggup akak buat macam ni? kenapa? Iqmal dah ada jawatan besar sekarang, baru akak nak terhegeh-hegeh dengan dia kan? betul kan?!".
Pang!
"Fiya!", Iqmal dan Pak Rahman menjerit memanggil.
Satu penampar melekat di pipi Safiyya. Dia terjelepuk jatuh ke lantai. Air matanya gugur. Hatinya sakit sekali. Tak dapat digambar perasaan itu. Iqmal mendapatkan isterinya. Pak Rahman yang baru masuk dari luar meletakkan bekas yang berisi daging itik yang baru disembelihnya.
Mak Siti geram jadinya. Dia tidak semena-mena menampar Safiyya yang tidak bersalah.
"Kenapa Fiya rampas Iqmal dari Maya?," Tanya Mak Siti sambil bertalu-talu memukul lengan Safiyya yang masih di lantai. Iqmal cuma menunduk. Maya sudah tersenyum puas. Hatinya bernyanyi gembira.
'Rasakan itu, perempuan!', hati Maya berkata.
"Kalau korang nak tahu, dah 2 bulan aku ikut korang berdua sampailah kita jumpa dekat rumah baru korang tu!", Maya bersuara lagi disambung dengan ketawa jahatnya.
Pang!
Kali ini Maya pula yang ditampar Mak Long. Maya memegang pipinya.
"Kenapa mak ni?", Maya memarahi ibunya.
"Kenapa kau tanya? Eh. Aku hantar kau belajar tinggi-tinggi untuk jadi orang yang berilmu, berbudi bahasa, berakal. Apa aku dapat sekarang. Eh. kalau sekalipun kau dapat ceraikan mereka, apa gelaran untuk kau pulak? Perampas laki orang?", jawab Mak Long kasar sambil menonjol-nonjol kepala anaknya. Mak Long terasa menyesal dan malu dengan perbuatan anaknya. Mujur tiada saudara lain di situ.
Pak Rahman menghampiri Iqmal.
"Bawa dia pulang, nak. Bawa dia pergi jauh dari sini". Iqmal mengangguk. Lalu dia memapah Safiyya keluar dari dapur.
"Ingat Maya, kau dah hina mak ayah aku dulu masa aku masih miskin. Sekarang kau dah ludah, kau nak jilat balik? Kotornya hati kau, busuk!", Iqmal sempat mencemuh Maya.
Mak Siti masih menangis teresak-esak di lantai. antara kecewa dan kesal kerana memukul Safiyya.
 
All Copyright Reserve by Me . Design by Mojat Cerewet