Nuffnang : My Dream To Buy House

05 Oktober 2011

INBOX MESSAGE : part 2


From DENG

“Ak tahu mg byk kijo skoloh,..assalamualaikum..”



From HANANI=)

“hehehe..sowie2 lambat rply..maap k, aq kna siapkan nota sj dulu tdi, kijo skoloh byk etep=)hehehe.. sowie lau ggu mg tyme nih..hmm..aq msg tadi saje nk cite n’ tnye khabar berita mg. w’salam..gd nite;)


From DENG

“xpo2..bereh..tq tnye..nite.”

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

“HANY!!! Tutup lampu,tido!!
“CLICK!!” Suis lampu ditutup..
Sebelum tidur, HANANI membuka diari miliknya. Beberapa catatan  ditulisnya..


Dear Diary..
I miss abg Ali soo much=( ..kat mana dye??
Dear Diry..
Aku happy coz lulus test JPJ!!
Hehehehe..
AND…
DEAR DIARY..
Deng kwn yg baik, aku harap2 dye lulus test JPJ nanti=) amin…

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

KRINNNGGGG!!!!! Penggera telefon HANANI berbunyi menunjukkan pukul 6.45 pagi.

“ALAMAK!!! , AKU DAH LEWAT!!!” jerit HANANI.
Dia segera mencapai tuala dan kain basahannya dan bergegas ke bilik mandi.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

Setelah selesai menguruskan diri dan berwhuduk, dia solat Subuh.
Seusai solat,dia segera mencari cermin matanya kerana dia ibarat tidak dapat dipisahkan lagi dengan “mata keduanya” itu..

Rumah Hanani tidak jauh dari sekolahnya tetapi berikutan daripada kesesakan lalu lintas sering berlaku sekitar jam 6.30 pagi dan ditambah dengan polis traffic yang menjaga lalu lintas membuatkan dia lewat tiba ke sekolah pada hari itu.

“OK HANY,kita dah sampai” kata abg iparnya.

“TQ,ok orang dah lewat ni,assalamualaikum, terima kasih ALONG sebab antar ari ni” ucap HANANI.

“sama-sama” balas Abdul Ghani iaitu abang iparnya.

Hanani segera berlari ke pintu pagar, malangnya ia sudah ditutup oleh pengawas bertugas.

Dia cuba berlari ke pagar yang lain dengan harapan pintu pagar kedua masih terbuka..namun nasibnya tetap sama.

Dia ternampak kawan sekelasnya sewaktu di tingkatan 4 al-Biruni dulu, iaitu pengawas yang bertugas di situ. Lalu dia menyapa dan bertanya.

“Shamim,pagar ni tutup doh kow??”

“Ye, tutup doh n’ x leh masuk doh Hany..eh?? bukan mung duk asrama key??” tnye SHAMIM.

Tanpa menjawab soalan Shamim, Hanani segera berlari ke pintu asrama, mujurlah ia masih terbuka..

Tiba-tiba Hanani ternampak dua hamba Allah sedang berdiri tercegat dekat dengan bilik urusetia asrama  berdekatan dengan pagar asrama.

Salah seorang dari mereka berkata “Adik pergi ke pintu depan!” katanya dengan tegas. Hanani kenal pengawas lelaki itu kerana dia pelajar  tingkatan 5 seperti Hanani cuma mereka berbeza kelas  dan dia tidak mengenali Hanani.

Hanani bebisik dalam hati “Dia kata aku adik??”.

Tanpa mengendahkan arahan yang diberikan Hanani terus meluru ke depan tanpa berkata sepatah pun dan meninggalkan Azlan dan Hakim .

Berdekatan bilik urusetia asrama terdapat “public phone” yang terletak dihadapan kedai photostat sekolah. Hanani meletakkan beg sekolahnya dibangku panjang yang disediakan di depan kedai photostat sekolah. Dia meninggalkan begnya disitu untuk mengaburi mata pengawas yang bertugas dengan harapan tidak ditangkap kerana lewat dan namanya tidak dicatat, kerana dia tidak mahu menerima hukuman “community service”.

Dia berjalan terus melangkah masuk  dengan selamba ke kawasan sekolah dan berpura-pura ke  tandas. Disitu dia membetulkan tudung dan bajunya agar nampak kemas dan tidak selekeh kerana belajar di sekolah kluster penampilan harus diutamakan.

Keluar dari tandas, Hanani segera menyapa seorang pengawas menengah rendah “assalamualaikum,adik.” Nak  tnye ni..hmm..pengawas habis bertugas berapa minit lagi??"

“Dalam 5 minit lagi kak”

“OOO..terima kasih dik,maaf ganggu adik tengah bertugas yea.bukan apa akak x pakai jam etep” ucap Hanani dangan senyuman.

“Ok,xpe” jawab pengawas yang bernama ALIYA yang Hanani tahu dari “name tagnya”.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

Sewaktu Hanani berjalan ulang-alik berdekatan makmal biologi ke makmal kimia, dia terserempak dengan kawannya Aziemah dan Hidayah.

“HANY! Nape ni??bkpo x masuk kelas agi??” tanya iemah.

“Sory ar, aku x leh nop kecek bnyok, aku ada hal nih” kata Hanani lantas meminta diri untuk pergi.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

Hanani pergi ke tempat dia meninggalkan begnya tadi dan berpura-pura seolah-olah dia tertinggal beg diluar. Oleh itu dia terlepas dari namanya ditulis dan tidak dikenakan tindakan disiplin.



“FUh,selamat aku,hehehe.. tapi..hmm..x kisahlah!” fikir Hanani didalam hatinya.


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

Sewaktu hampir dengan kelas 5 Al-Nafis, Hanani terserempak dengan guru Matematik yang mengajar kelasnya, lantas dia mempercepatkan langkahan kakinya untuk masuk ke kelas.
Segera diletakkan beg dan bukunya.

Hasif  memberi salam kepada cikgu Kamarudin Elias 
“Assalamualaikum ,CIKGU” lalu dituruti oleh rakan sekelas yang lain termasuk Hanani.

Nuruddin mengetuai pembacaan doa belajar.

Kelas dimulakan dengan cikgu Kamarudin Elias mengajar tajuk
 “GRAPH OF FUNCTION II”

Semua pelajar memberi fokus dalam kelas dan bertanya sedikit sebanyak untuk mengukuhkan pemahaman mereka dalam kelas dan membuat latihan matematik.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

“Hany..bkpo  lewat mari skoloh tadi?” tanya Jamilah. “pagi tadi aku tengok mung nop dekat ngn kelas start baru masuk kelas.”

“Ore lewat bangun la” jawabku ringkas.

“Xsey g rehat kow??”. “JOM ar.” Jamilah mengajak ke  kantin.

“X po la,tq milah.. tapi ore nop siapkan homework Math ni” jawabku.

“K,jaga diri k,Assalamualaikum..” lalu Jamilah beredar meninggalkan aku untuk ke kantin.

“Wa’alaikumussalam..” jawab Hany.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

Jam menunjukkan pukul 2.00 petang, waktu persekolahan telah ditamatkan dengan bacaan doa dari pengawas yang bertugas.

<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<


[Inbox Message 03]

Tiada ulasan:

 
All Copyright Reserve by Me . Design by Mojat Cerewet