Nuffnang : My Dream To Buy House

06 Oktober 2011

INBOX MESSAGE : part 7

“HANY!! Bakpo mung x maghi skoloh smlam??” tanya Eqah sewaktu aku berjalan di koridor.

“Xcident”ringkas jawapan ku berikan padanya lantas menuju ke musalla untuk AMALI SOLAT.

“Eh Hanany, ko tahu x Si Pijot tuh cam cacing kepanasan semalam sebab ko xde..”

“Biarlah dia..ada aku kesah??”




“Xlar..selama nih dia selalu kacau ko kan, so..bila ko x de mungkin dia rasa bosan?hehehe..”

“Banyak lar ko punya bosan..baik ko g solat lagi bagus dari duk menyakat aku, pegi maen jauh-jauh..”

“Sampai hati ko kan??ko halau aku ek??”    
  
“Ha’ah..MEMANG PUN..”

Lantas aku pergi meninggalkan Eqah. Di satu sudut aku terlihat Si Pijot memerhatikan aku dari jauh. Mungkin itu hanya perasaan aku tetapi aku dapat melihatnya memandang tepat padaku yang memegang tangan kiriku yang masih sakit akibat kemalangan semalam seolah-olah aku berhutang sesuatu dengannya.


Disatu sudut lain pula, aku melihat Khairul sedang tersenyum riang sambil berjalan dengan Hafiz. Entah apa yang mereka bualkan aku tidak tahu, tapi aku suka melihat dia tersenyum sebegitu kerana beberapa bulan yang lalu dia kelihatan muram sejak ayahnya meninggal dunia akibat sakit tua.

Sementara itu, aku menguatkan kaki melangkah kehadapan walaupun ku tahu Si Pijot sedang berdiri berdekata dengfan destinasi yang ingin ku tuju.



“Hei pompuan, ko okey ke x tuh?? Lain macam je aku tengok ko hari ni??hahahaha” Pijot mentertawakan aku, tetapi aku biarkan sahaja kerana malas melayan karenahnya yang mahu menimbulkan pergaduhan denganku.

Bodoh punya mamat ni..xde keje ke ha??”desis kata hatiku lantas aku mencepatkan langkahanku  dan masuk ke dalam musalla dan pergi ke ruang whuduk untuk mengambil air whuduk. Aku meyinsingkan baju sehingga ke lenganku.

Yusra datang dari belakan dan menegurku “Hanany, nape nih??” sambil menunjuk ke arah luka di lengan tangan sebelah kiriku.

“Hany nak ambik whuduk jap,lepas smaye zohor berjemaah Hany citer k” kataku menenangkan Yusra.

“OK” jawab Yusra. “Yusra gi masuk dulu ek” katanya sambil tersenyum manis.

“Ok,jalan elok-elok k, lantai tuh licin tau,lau jatuh bangun sendiri” gurauku, sememangnya aku gemar bergurau sekira berada di kalangan teman-temanku.

Yusra hanya mampu tersenyum membalas gurauanku dan berlalu pergi. Aku meneruskan mengambil whuduk kemudian masuk ke dalam musalla untuk menunaikan solat berjemaah.

Seusai solat aku menceritakan kemalangan yang aku alami kepada Yusra, Syahira dan Faten. Mereka menasihatkan aku agar lebih berhati-hati pada masa akan datang dan tidak mengulangi perkara yang sama lagi. Aku bersyukur hanya mengalami luka kecil dan terselamat. 

Alhamdulillah Allah masih menyayangiku dan melimpahkan rahmatnya padaku. Setelah itu aku pergi bertugas di Pusat Sumber. Keadaan disana agak tidak teratur,bahkan Kak Dah, penjaga Pusat Sumber itu menegur pengawas-pengawas pusat sumber yang bertugas agar menjalankan tugas masing-masing agar pusat sumber sekolah kami kembali ceria.

Aku menerima teguran itu sebagai nasihat dan tanda prihatin kak Dah kepada kami. Aku terus menyusun buku-buku setelah menghantar buku-buku yang ku pinjam di bawah Program NILAM di sekolahku

Setelah setengah jam bertugas,aku menulis nama di buku bertugas dan bergegas ke kelas 5Al-Nafis untuk menghadiri kelas Matematik Cikgu Kamarudin Elias bersama pelajar-pelajar lain. Aku duduk di sebelah Amaleen pelajar dari 5 al-Zahrawi, dan syukurlah dia banyak membantuku menjawab soalan matematik pada hari itu.
………………………………...........................................


[ inbox message 08 ]

Tiada ulasan:

 
All Copyright Reserve by Me . Design by Mojat Cerewet