Nuffnang : My Dream To Buy House

06 Oktober 2011

INBOX MESSAGE : part 8

Seusai solat Isyak berjemaah bersama Umie dan Abah, aku bingkas bangun setelah bersalaman dengan kedua ibu bapaku dan mencium tangan dan pipi mereka. Aku menuju ke bilik dan menyusun jadual untuk hari persekolahan pada Ahad nanti. Setelah itu aku mengemas bilik dan menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh cikgu pada waktu persekolahan tadi memandangkan hari ini ialah hari Khamis. 

Tiba-tiba, fikiranku melayang entah ke mana?? Sambil melayan lagu- lagu nasyid yang diberikan oleh Nor Fatihah sepupuku, aku mengenangkan kembali kisah yang berlaku sepanjang hidupku.

Hari demi hari aku makin sibuk. Tiada masa untuk aku memikirkan C.I.N.T.A. . Benar aku mengharapkan kasih seseorang yang lama aku pendamkan , tapi aku sedar, sekiranya aku mengejar cinta, aku yang akan kecewa, oleh itu, aku wajar memilih cita-cita yang masih jauh lagi untuk di kejar.

 Ingatan aku kembali pada Akmal. Tentang semangatnya untuk terus belajar dan berjaya untuk masa depannya. Walaupun dia hidup tanpa kehadiran ayah sejak kecil, tapi dia tetap tabah meneruskan hidup. Betapa sejuknya perut ibunya yang mengandungkan dan betapa bertuahnya ibunya kerana memiliki seorang anak seperti  Akmal. Sekarang usahanya membuahkan hasil apabila dia melanjutkan pelajaran ke sebuah sekolah berasrama penuh.



“Akmal..Akmal..AKU JUGA INGIN BERJAYA SEPERTI KAU!!!. ”

Aku bertekad di dalam hati, aku igin menjejakkan kaki ke menara gading, andai Allah mengizinkan, aku juga ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara dan pulang dengan kejayaan.Semoga cita-citaku dimakbulkan oleh Allah swt.
………………………………………………………………

Beberapa bulan ini juga aku semakin berat hati rasanya untuk melangkahkan kaki ke sekolah, bukan kerana masalah apa-apa, tetapi malas untuk mengadap muka si Pijot n’ the geng. Yang terdiri dari Amar aka Si Pijot, Idlan, Mael dan Pokchek. Yang paling kerap menganggu Hanany ialah Amar kerana Hanany pernah menyakitkan hatinya dengan kata-katanya di fb. 


Tambahan lagi dengan sindiran-sindiran “The Three Diva” yang sering mengaitkan aku dengan si Pijot. “Huh!!SENGAL betul la..”

Sejujurnya ingin aku katakan pada mereka, jika ada pun seseorang yang aku suka, aku hanya menyukai seseorang yang aku kenali sejak dari kecil, dan Si Pijot bukan jenis lelaki yang aku minat! Tapi aku harus bersabar dengan karenah mereka. Ini Cuma dugaan yang harus aku tempuhi.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
As I look into your eyes
I see all the reasons why
My life’s worth a thousand skies
You’re the simplest love I’ve known
And the purest one I’ll own
Know you’ll never be alone




Tiba-tiba lagu “ Marc Anthony –My baby you”  diputarkan di corong radio sekolah pada awal pagi itu. Lagu ini sememangnya lagu kegemaran Hanany kerana Akmal  pernah menyanyikan lagu ini untuknya sewaktu hari lahirnya yang ke-15 yang lalu di corong telefon. Hanany tersenyum sendirian sebelum dikejutkan dengan bunyi yang menganggu lamunannya.

“Hei!! Kau BUTA ke apa???”tengking Elisha pada Hanany, kerana Hanany telah terlanggar bahunya ketika berjalan tadi. Buku-buku berselerakkan di lantai koridor kerana Elisha membalas dengan merempuh kembali bahu Hanany dengan kuat dan sengaja cuba menjatuhkan Hanany.


“MAAFKAN aku Elisha!”bersungguh-sungguh Hanany memohon maaf atas kekhilafannya sendiri yang mengelamun semasa berjalan, tapi apapun alasan Elisha…sewajarnya dia tidak memperlakukan Hanany sebegitu!! 




Baik!! Aku maafkan kau! Tapi…ini adalah amaran pertama dan terakhir dari aku pada kau!! Jangan kau nak main mata ngn Si Pijot tu ek..kalau tak..Nahas kau!! Lain kali jalan tu pandang depan,kiri kanan!! Jangan asyik mengelamun pulak!! F.A.H.A.M!!”kata Elisha memberikan amaran kepada Hanany kerana dia cemburu dan rasa tergugat kedudukannya dihati Pijot apabila mendengar fitnah-fitnah yang dilemparkan “The Three Diva” mengenai Hanany. Selepas itu dia cepat-cepat pergi di ikuti Maya dan Qalisyah di belakangnya apabila melihat Jamilah mendekati kami bersama Hafiz.

Jamilah membantu mengutip buku-buku Hanany yang bertaburan di lantai koridor.
………………………………………………………………………………

“Milah,thanks sbb ko tolong aku tadi, kalau tak ada kau..entah apa nasib aku kan??”

“Kau kan kawan aku, mesti aku tolong, lagipun aku tak buat apa-apa pun” “No big deal la..aku mesti tolong kau..lagipun kesian jugak aku tengok kau tadi.. Apasal ngn minah kerek tuh?? Ko ada cari gaduh ngn dia ke?” Kau ni pun..bukan aku tak kenal cara kau.. kadang-kadang bila kau naik angin..macam-macam kau kata..hehehe..” ujar Jamilah sambil bergurau. Namun aku tahu kata-katanya itu ada benarnya.

“Eh!! Apsal aku plak.. hmm.. Aku tak kacau pun Si Pijot tu, kelih pun tidak sejak aku gaduh kat fb, sedap-sedap je dia kutuk aku then mengumpat pasal aku hari tuh, then bila aku tahu, terus aku SOUND dia ngan kawan-kawan mulut longkang macam dia tuh..lepas tu aku REMOVE dia terus!” kataku bersungguh-sungguh. “Lagipun, aku ni kan jenis anti lelaki macam Si Pijot tuh,dah la kasar, tak reti hormat perempuan, koya, kaki gengster skola sebenarnya dia tuh! Nampak je baik, jadi bilal masa solat amali..tapi kenakalan dia tuh buat aku tak suka dia ” terangku pada Jamilah.

“Hmm..agaknya Si Elisha tu.. dia tergugat dengan kau kot??! Manalah tahu kan..hahaha” perli Jamilah padaku.


“Tergugat apanya?? " Kataku sambil membetulkan rambut . "Bercakap pun tak pernah ngan Si Pijot tuh.. inikan pula nak main-main mata macam Si Elisha tu cakap?!” Haiisshh..tak kuasa aku.. entah-entah “The Three Diva” tu kot yang fitnah aku pada Si Elisha? Alahai..apa nak jadilah mereka ni!!” marahku.


“Sabar Hany, ko tak boleh serkap jarang je, Hany tak boleh bertindak melulu.. Kalau Hany macam ni..Hany pun sama lah macam ELISHA! Fikir, kalau pun betul ini berpunca dari mereka.. Apa Hany nak buat tu berbaloi ke? Jadi Milah sarankan.. sabar ok! Tarik Nafas.. Hembus..Tarik..Hembus..Calm down wokeyh!!” pujuk Jamilah.

“Huh! Mujur ada milah..thanks for you advise..” . Kemudian Jamilah mengajak ku ke musalla sekolah untuk solat Zohor bersama-sama. 

Tiada ulasan:

 
All Copyright Reserve by Me . Design by Mojat Cerewet