Nuffnang : My Dream To Buy House

31 Disember 2012

アイナ Dear Diary: 2012...> JAN 2013

2012,
Beberapa jam lagi..mungkin juga beberapa minit lagi?
2012 akan meninggalkan aku dengan kenangan,kesedihan,kegembiraan,kebencian yg pernah aku rasakan, semuanya akn meninggalkan aku...

Esok,2013 dah start sekolah. Jan 2013. Is there something GOOD waiting for me?
I HOPE SO. SEM 2 STPM 2013. STUDY HARD. BO LAAAHH DUK MAIN2 NYO.
BLAJA SUNGGOH.


27 Disember 2012

JUST COPY PASTE ;) STPM

STPM sememangnya mematangkan pelajar
1. dari mula lagi cabaran adalah melihat rakan-rakan yang bersama menduduki SPM melangkah meninggalkan anda ke IPT
2. perasaan terpinggir, tertinggal di sekolah dengan pakaian sekolah, sedangkan kawan lain di IPT tidak lagi perlu berpakaian seragam
3. mengikuti pengajian STPM yang jauh berbeza dengan apa yang pernah dilalui semasa di tingkatan 4 & 5. 
4. cuti-cuti perayaan - hari raya aidil fitri dan aidil adha lalu mungkin cukup meninggalkan kesan lagi apabila rakan di IPT pulang bercuti hari raya dengan pelbagai kisah dan cerita mereka di IPT
5. mungkin juga dalam masa yang sama seorang demi seorang rakan pelajar meninggalkan pengajian tingkatan 6 ke IPTS yang agak lewat kemasukannya
6. menduduki peperiksaan semester 1 STPM baru di dalam suasana serba baru yang berbeza dengan masa di tingkatan 5
7. iklan pengambilan ke IPT yang dibuka untuk pengambilan Januari sekali lagi meruntum jiwa. kesempatan mungkin diambil untuk ikut terus melangkah bersama rakan yang telah melangkah terlebih dahulu dari anda
8. menjelang januari nanti akan ada beberapa orang lagi rakan yang akan meninggalkan anda untuk melangkah ke IPT
9. diikuti dengan keputusan SPM pada Feb/Mac ....walaupun sebagai penonton melihat adik-adik menerima keputusan SPM, mengemukakan permohonan ke IPT yang tentunya akan menyentuh lagi hati.
10. tentunya akan disusuli lagi dengan keadaan yang sama seperti tahun lepas apabila mereka yang berjaya akan melangkah ke IPT

....sedang anda masih di sini

percayalah kejayaan anda melalui waktu-waktu sukar inilah yang mematangkan anda untuk tabah menempuh laluan yang mungkin lebih hebat di hadapan sana.

Selamat berjaya

アイナ Dear Diary: FOOL

Dear Diary, aku tak tahu apa yang aku dikirkan. apa yg aku dah buat? tindakan aku? fikiran aku? OTAK aku fikir apa pun aku tak tahu. I'M JUST A FOOL!


Stress sokmo minggu ni. Aku tak bijak mengawal perasaan.

KEJADIAN? apa yg jadi bena??

Aku ni sensitif sikit. cepat tindakan aku lau bab2 TEYYY ore.
so bila aku terkejUt,tindakan spontan aku..aku JUST SEPAK KAKI puyie,apa lagi..kotor la seluar dio. maroh kawe tuh.haaa BERAT~~!

dan benda tuh wak aku STRESS and hilang MOOD nak g beli billion. Malas nak g mana2. hilang selera makan. nasik hok aku patut makan...aku aku wi ko aiman je coz masa tu mood aku mmg 0 . DOWN MOOD Aku,. esok..means..27/12/2013 hari ni..mcm mana aku nak hadap muka dia. mcm mana aku nak hilangkan stress dan tekanan ni. dah la masalah lain byk lagi dlm kepala ni..


AKU NAK BERSENDIRIAN..NAK TENANGKAN FIKIRAN..

16 Disember 2012

アイナ Dear Diary: HI!! ^-^


dah lama aku x post apa-apa.
MOOD ; Xleh tido, rasa nak demam.
nak buat cmna kan..skrg musim hujan..

sabtu-khamis minggu ni kijo.
sabtu depan kijo sehari ganti sbb yie g tmuduga uitm. **GUDLUCK!

2013? HI,AWK~~!!

untuk permulaan Jan 2013 yang akn aku jalani..sebahagian wishlist dibawah adalah permintaan aku...
( utk material brg2 sekolah)

wishlist:
beg sk (/)
alat tulis (X) **x beli lagi
buku (X) ** tunggu sk start.
kasut (X) ** tgk keadaan. postpone dulu.
upgrade netbook ** nati cukup pitih.
baju sk (X) jahit dh thun lps,just tunggu 2013. (^-^ librian)

**rak letak buku ^-^ lama dah nak. g tgk harga n' survey tadi dekat rm70 la hok ok.
ok biasa dlm hrga 30.

OK. SO, daripada 6 Bawah Al-Razi as know as 6BRA aku akn jadi senior di 6 Atas Al-Razi a.k.a 6ARA.
HERE I AM. STILL. A SCHOOLGIRL. NOT A COLLAGE GURL.
TO BE HONEST~~~!! SAPE X CEMBURU TGK KWN2 LAIN MASUK UITM ,UIAM, MATRIK, ASASI, FLY ABROAD **example: CHINA~~ **BERUNTUNG Afiq che lah. cita2 dio masa f4 nak jdi cikgu. skrg duk blaja CHINA. kat wilayah mana,kwsn mana, aku tak tahu.

BACK TO REALITY. HERE I AM. SMKDAM. THANKS FOR STILL ACCEPTING ME AS UR STUDENT. ALTHOUGH I KEEP MISSING MY OLD SCHOOL SMKPUTERA .

APA YANG AKU SUKA? APA IMPIAN AKU? APA PERMINTAAN AKU?

AKU NAK SEBUAH BILIK YANG SELESA,CANTIK, DAN SIMPLE.











KALAULAH AKU ADA BILIK SECANTIK BILIK2 YANG DLM GAMBAR TU..
alangkah BAHAGIA HIDUP NI..hehehehe ** apapun..tu angan-angan aku saje. x salah pasang angan-angan utk miliki bilik secantik itu kan. huhuhu =p

p/s: xlama lagi birthday gary/Khairil Amiru.Aku amik kesempatan ni utk wish HAPPY BIRTHDAY AWL sikit sbb x tau plop bila aku akn online. huhuhu **saen sk rendah; SK LANGGAR_batch 06
HAPPY BIRTHDAY Khairil! 30 Disember. Happy birthday la Boh~!


aku harap mg bahagia ngn family n' saen2 mg. 

28 Oktober 2012

アイナ Dear Diary: WAKE UP AINA!!

OKAY. PASANG NIAT. LUPAKAN SEGALA MACAM BENDA DALAM FIKIRAN AKU.
FOKUS STPM. KEEP STUDY FROM NOW ON. WAHAI CIK AINA. BE A GOOD GIRL AND GOOD STUDENT. DONT WASTE YOUR TIME ANYMORE!!

AKU NAK LULUS PENGGAL 1.
5,6,7,8 NOVEMBER   ------> EXAM STPM!!!

PERCUBAAN JUST DAPAT 2.8
EXAM STPM KENA DAPAT LEBIH LAGI.

PERASAAN AKU? TAKUTLAH...


WITH SITI HAJJAR PAUZI ^-^ DINNER.
HARAPNYA AINA, ASYIQIN, ROZALINDA N' HAJJAR DAPAT RESULT YG CEMERLANG!
AAMINN=)


TAPI...oiiitt!! xde tapi-tapi lagi. BUANG TAPI!

CHAIYOIK AINA! GANBATTE!! DO YOUR BEST BEAT THE REST!
PROVE TO YOURSELF YOU CAN BE THE BEST TOO=)




09 Oktober 2012

Juniel Ft. Jung Yong Hwa - Fool MV [English subs + Romanization + Hangul...

アイナ Dear Diary: i miss u pwenz

AKU SUKA DIA SBB AKU SUKA BACA SETIAP MESSAGE YG DIA HANTAR.
WALAU PANJANG TEXT YG DIHANTAR BERJELA-JELA AKU SANGGUP BACA.

DIA KAWAN YANG BAIK. SEKARANG AKU MULA RINDUKAN MSG DIA.

AKU SELESA MSG NGN DIA.

TAPI AKU RASA XSELESA BILA BERCAKAP NGN DIA.
SBB AKU TAK TAHU NAK CAKAP APA SECARA SPONTAN DEPAN DIA.
TELINGA AKU MEDENGAR SETIAP KATA DARINYA. AKU RAGU SBB MATA AKU TAK MAMPU MELIHAT TERUS PADANYA.

AKU SUKA DIA. HANYA SUKA SEBAGAI KAWAN SAHAJA. THAT'S IT.


SBB...ada seseorang LAIN  yg aku tunggu SELAMA bertahun-tahun. aku tunggu utk minta kemaafan darinya. rasa bersalah ni takkan pernah hilang selagi aku tak jumpa dia. tapi sebenarnya Sebab aku nak buat yg terbaik dalam hidup aku adalah sbb orang tu. sbb aku nak jadi sebaik dan sehebat dia, sepandai dia. sbb tu bila aku belajar masa tingkatan 3 ,aku dapat result yg agak baik. sbb semuanya keinginan aku nak setanding dgn dia sebenarnya...

30 September 2012

アイナ Dear Diary :Kenapa Aku Nak Sedih?!!!

menangis? YA.
Sbb? Aku rasa dia dah makin J.A.U.H dari aku.

sampaikan aku call :
dgr suara dia, aku terus senyap. apa la aku ni..nk tahu khabar dia,
tapi aku pulak yg diam tanpa bicara.

ye la, nak buat mcm mana kan, masing2 sibuk,
aku sibuk, dia? lagilah sibuk!
hurmmmmmmm...
dulu ada je masa utk aku,
skrg rasanya dah jrg sgt.

aku sedar kitaorg JUST kawan,
tapi sedih gak laa kalau dia dh jrg reply msg.
aku nak dia yg dulu. kwn yg selalu ingat aku, kwn yg selalu msg aku, kongsi cerita dia pada aku,

TAPI  SEKARANG DIA TENGGELAM DGN KESIBUKKANNYA...  =(
dan aku timbul tenggelam dengan perasaan aku sendiri.

ada masa aku bersabar. ada masa aku hilang sabar.


12 Julai 2012

アイナ Dear Diary : Rasa Kehilangan



disebalik MATA ; terselindung seribu makna, 
siapa mampu mengungkapkan apa yang tersirat,
keindahan terbit mentari, tak mampu lagi dinikmati andai nikmat mata ini dicabut.
dari mata, kita MELIHAT perkara sekeliling, MATA merakam apa yang berlaku.


keindahan bintang di langit, mata yg menikmatinya,
tergambar perasaan di sebalik renungan yang terlontar.

Kerinduan ini makin hari makin ku rasakan,
Aku ingin menangis melepaskan perasaan ku.


Kesedihan ini menyakitkan.
Luluh rasanya hati ini.
Mengalir titis demi titisan kolam air mata,


Ya Allah, kuatkan hati ku,
Ya Allah, KUATKAN HATIKU.

Andai kehilangan ini yang terbaik, kuatkan hatiku untuk menerimanya.


06 Julai 2012

アイナ Dear Diary : F6




"Golongan" tu bunyi mulut kecek, "golongan" ni bunyi mulut kecek, semua "golongan" duk kecek dlm satu tempat..tapi last2 "golongan" yg kena SOUND, "golongan" kena jeling oleh sesetengah pihak ,hanya satu golongan sahaja yg dipersalahkan??

-pikir2 lah, kami juga punya hati perasaan.

-terasa dianaktirikan-
niat nak mncari ilmu,
bukan dipandang SEHINAnya.

sedih kadang2 ngn situasi2 berikut bila MATA HANYA TERTUMPU PADA KAMI.

26 Jun 2012

アイナ Dear Diary : KEKECEWAAN KU PADAMU, TEMAN.


DEAR FRIEND.
I try to be a friend who understands you,
but now I feel like a failure!






KAWAN. SEJUJURNYA AKU SUDAH X KENAL SIAPA DIRI KAU?
SEKARANG. DEMI LELAKI KEPARAT ITU. KAU SANGGUP MENIPU.
SEKARANG. DEMI DIA, KAU MENJADI LIAR.
SEKARANG. DEMI DIA, KAU SANGGUP MEMBELAKANGKAN KELUARGA.
SEKARANG. DEMI DIA, KAU SANGGUP MENGHERET AKU UNTUK MENIPU.


SEKARANG. DEMI DIA, ADAKAH KAU SANGGUP MENJADI HINA?
SEKARANG. DEMI DIA, ADAKAH KAU SANGGUP MENJADI PEREMPUAN MURAHAN?


SEKARANG. DEMI DIA, ADAKAH KAU SANGGUP MENINGGALKAN KELUARGA?
SEKARANG. DEMI DIA, ADAKAH KAU SANGGUP MEMBIARKAN MASA DEPANMU GELAP?


SUNGGUH. AKU KECEWA. MENYESAL. 
SUNGGUH. AKU KECEWA. SEDIH.
SUNGGUH. AKU KECEWA. BINGGUNG.
SUNGGUH. AKU KECEWA. BENCI/MARAH.
SUNGGUH. AKU KECEWA. DENGAN SIKAPMU.
SUNGGUH. AKU KECEWA. NASIHATKU TAK PERNAH KAU DENGAR.
SUNGGUH. AKU KECEWA. KERANA AMARAN TELAH KU BERIKAN.


SUNGGUH. AKU KECEWA DENGAN SIKAPMU KAWAN. KERANA AKU TAHU LELAKI ITU HANYA INGINKAN NAFSUNYA DIPENUHI. 
SEKALI AKU SELAMATKAN KAU. UNTUK KALI KEDUA?
APA MUNGKIN AKU SEMPAT DATANG TEPAT PADA MASANYA?
APA MUNGKIN AKU SEMPAT?
APA MUNGKIN KAU AKAN MENYESAL?
APA MUNGKIN KAU TAK PERNAH RASA MENYESAL?
APA MUNGKIN RASA MALUMU TELAH HILANG?
APA MUNGKIN KAU LUPA PADA ALLAH?
APA MUNGKIN KAU LUPA AKAN KELUARGA YANG MENJAGAMU?
APA MUNGKIN KAU LUPA PADA KELUARGA YANG MENDIDIKMU.
APA MUNGKIN KAU LUPA PADA KELUARGA YANG MENGASUHMU.


BERKALI KALI AKU KATAKAN. DIA TAK LAYAK UNTUK DIJADIKAN ORANG LEBIH DARI KAWAN. KERANA AKU TAHU KAU AKAN KECEWA NANTI.
AKU RASA KAU BODOH. BODOH KERANA DEMI LELAKI DURJANA ITU.
KAU SANGGUP MENIPU. DEMI DIA APA KAU SANGGUP GADAIKAN MARUAHMU?


APA KAU TAK SEDAR MARUAHMU DIPIJAK OLEH SI DURJANA ITU.




TERLAJAK PERAHU BOLEH DI UNDUR, TERLAJAK KATA?
MAAFKAN AKU ANDAI MENYINGGUNG PERASAAN MU.
TAPI KETAHUILAH, AKU TAKUT KAU KECEWA SEPERTI MANA AKU KECEWA DENGAN PERUBAHAN SIKAPMU.

ANDAI SESUATU TAK DIINGINI BERLAKU?
KRTAHUILAH. AKU SUDAH BANYAK KALI DAN BERULANG-ULANG KALI MENASIHATI KAMU AKAN PERKARA YANG SAMA. 
AKU MINTA KAU SELALU BERHATI-HATI.
AKU HARAP KAU TIDAK TERLEKA SEPERTI DULU.
KALI PERTAMA MUNGKIN KESILAPANMU,
ANDAI KAU CARI DIA LAGI,
KALI KEDUA ADALAH PILIHANMU.
JANGAN KAU SALAHKAN AKU.
JANGAN KAU SALAHKAN ORANG YANG MENJAGAMU.
JANGAN KAU SALAHKAN KELUARGA KANDUNGMU.
JANGAN KAU SALAHKAN SESIAPA.
KERANA KAMI BERUSAHA MENJAGAMU. 
MENASIHATIMU AGAR JAUH DARI PERKARA YANG TERKUTUK.

KATAMU? KAU HANYA INGIN MEMPERMAINKAN SI DURJANA ITU.
APA YANG AKU LIHAT? KAU YANG DIPERMAINKAN.
KATAMU? KAU HANYA INGIN BERKAWAN.
APA YANG AKU DENGAR? KAU BERCINTA DENGAN SI DURJANA ITU.
SUNGGUH AKU KECEWA. KAU MENIPU KU.
KATAMU, HANYA BERKAWAN.

JUJUR, SEBAGAI KAWAN. AKU CUBA JADI KAWAN YANG BAIK. AKU CUBA MELINDUNGIMU. AKU MENASIHATIMU. AKU MENJADI PENDENGAR MU.
TAPI KENAPA DEMI DIA. KAU MENIPU?

RASANYA AKU INGIN MENGAMBIL LANGKAH MENJAUHIMU.
KERANA BAGIKU, KAU TELAH BERUBAH.
TAPI KAU TETAP KAWAN. WALAU APA  KESILAPAN MU.
JADI AKU HARUS TETAP BERSAMA MU,
AKU HARUS MENERIMA DAN MEMAAFKAN KAU,
AKU HARUS SENTIASA MENASIHATIMU,
AKU HARUS MENJAGAMU SEBAIK MUNGKIN,
AKU HARUS MELINDUNGIMU SEMAMPU KU,
AKU HARUS TIDAK BERPUTUS ASA DENGAN MU,
KERANA KAU KAWANKU. KAU SAHABATKU.

AKU BERHARAP. KAU SEDARLAH.
BANGKITLAH DARI MIMPI MU.
SEDARLAH AKAN TIPU HELAH.
SEDARLAH DARI PERMAINAN HIDUP INI.

SESUNGGUHNYA. JANGAN KAU KEJAR CINTA PALSU, CINTA NAFSU.
BANGUNLAH DARI MIMPI ITU.

KEKECEWAAN KU PADAMU.. INGIN KU LUAHKAN. 
APA KAU MAHU MENDENGARNYA?
BANGUNLAH, SEDARLAH DARI KELEKAAN INI.
APA YANG AKU MINTA, JANGAN KAU HERET AKU MENIPU DEMI MU.
KERANA AKU TAK KAN SANGGUP. 


LUAHAN KEKECEWAAN KU, PADA MU, TEMAN.

23 Jun 2012

アイナ Dear Diary : Pada senyuman itu.



Ya Allah, kuatkan hatiku. Kuatkan HATIKU, JIWA ku. Kuatkan perasaan ku. Agar aku tidak jatuh ke dalam perangkap.

Ya Allah. Sungguh pemilik senyuman itu kadang kala menyakiti hati ku. Tapi aku gagal membencinya.

Ya Allah, pada senyumannya ku temukan kekuatan. Ya Allah kuatkan hati ku, dan berikanlah aku kebahagiaan  hidup biarpun tanpa dia.

21 Jun 2012


アイナ Dear Diary : KENANGAN


walaupun 3 tahun meninggalkan PUTERA, aku masih rindukan kawan2 kat sana. Adakalanya ,terkadang aku hidup dgn kenangan yg tersisa bila mengingati Sekolah yg byk memberi aku kenangan pahit dan manis. I just miss my pwenz. baloh baik benda biasa. ada masa krisis, ada masa berdamai. =)

15 Jun 2012

アイナ Dear Diary : MAG INC

DLM PROSES KERJA BERKUMPULAN MENYIAPKAN MAG INC.

BARU DAPAT AKHBAR HARI RABU. BENTUK KUMPULAN.
HARI KHAMIS; SEMALAM; ADAKAN PERBINCANGAN.

AINA ejas ARTIKEL.
NANI akn edit as EDITOR.
ROZA ngn SYIQIN akn act as Creative Designer.
Hajar akn beli brg2 yg diperlukan such as kertas warna dan bantu utk hiasan jugak.
AHAD NI akn ada masa terluang,lagipun ahad ni sbjek geo je.. and ckgu2 dan pelajar yg terlibat sibuk ngn kebitaraan yg akn diadakan hari rabu ni. 20 JUN  2012. datang la ramai2 meriahkan acara dan aktiviti kat SMK DATO' AHMAD MAHER.

SO..berbalik pada cerita.. ahad ni kami dah setuju nak mulakan Mag Inc. Alhamdulillah. BAB artikel dah selesai. just nk g print ESOK. ahad ni pakak nak bowok alat2 utk hias Mag Inc mcm crayon by Hajar, marker by Roza and Nani, magic mgkin syiqin or aina akn bawak. kertas dah gunting2 sikit. harap2 dlm satu mggu sebelum cuti hari khamis nanti semua dah settle coz hari Ahad bukak skola dah boleh submitted ngn teacher Isaura Haslina.

GROUP KITAORANG PILIH NAMA TULIPS. BUNGA TULIPS. bagus jugak sbb dah ada background tulips. so save budget. hehehe. bersyukurlah dgn apa yg ada.manfaatkan je kan? hehehe.

3 element yg perlu ada tuh aina konfius lagi nak ambil yg mana? joke? polls/survey? etc.
so..rasanya ahad kna discuss balik. settle benda tuh. insya-Allah it will complete.

=)masa tgh2 discuss tuh roza ngntuk . so dia tertidur. hehehe. tapi xpe coz roza minat bab2 menulis ngn hiasan. tgk aje la nota dia. mcm2 warna pen ada.  so, bab creative or hiasan serahkan pada dia dan syiqin.
insya-Allah, pakak sikit2 sore bantu. =)

07 Jun 2012

INBOX MESSAGE : part 10




Aku mahu berehat di rumah tetapi Akmal mengajakku ke taman. Katanya mahu menghirup udara segar. Katanya rindu sebab lama tidak berjumpa. Aku ingin Intan menemaniku, kerana aku takut pandangan serong orang lain melihatku berduaan bersama Akmal . Pukul 7.30 pagi aku bergegas mengambil Intan dirumahnya sebelum bergerak ke sana. Aku tahu Akmal pasti akan memahami kalau sekalipun aku mahu membawa Intan bersama tanpa pengetahuannya. Pada Akmal aku minta dia tunggu berdekatan taman permainan. 7.50 pagi kami sampai. Aku berjalan beriringan dengan Intan sambil berbual tentang peperiksaan yang baru tamat dua hari yang lalu.

Hati aku bergetar. Melihat dia ada di hadapanku! Ya Allah! Ya Rabb..
Apa yang harus aku lakukan? Hati ini, ingin terus menatapnya. Ego yang menghalang diriku berbuat demikian.

“Hany!!..” Namaku dipanggil. Riang dan jelas oleh Akmal. Daniel dibelakang Akmal. Matanya tepat matanya memandang aku. 

Aku cuba melarikan pandangan ku pada Akmal kerana hati ini rasa terguris. Sakit!! 

“HANY! Kau okey ke?? Eh! Kenapa ni? Sejuk je tangan kau? ” Intan menggosok tanganku. 

Tangannya ku gengam erat. YA! Aku takut. Takut pada renungan mata Daniel padaku.

“Intan..Kenapa ni? Hany..Kau okey tak? Pucat je muka tuh”

“Daniel, mari aku kenalkan..Inilah orang yang paling aku sayang..”

“NURAIN? Mal, aku dah kenal dengan Wan  Hanani Nurain” dia melihat aku. Pandangannya tajam padaku.

 Akmal memandangku tanpa berkedip..Melihat ada kegusaran di wajahku. Matanya kembali berpaling pada Daniel. Ada sesuatu yang tidak kena dirasakan..

Intan menyedari perubahan aku kerana Daniel. Intan menarikku aku ke bangku dan duduk disebelahku. 

Mujur kedudukan bangku itu agak jauh dari Akmal dan Daniel..

"Hany..kau masih berat mulut nak minta maaf dengan Daniel ke? Apa yang kau nak buat? 
Terus lari? Terus berdendam? Apa? Hany..let’s be friend with him. Talk nicely. Harap kau tak gaduh ngan Daniel, please..cakap lah..Apasal kau diam dari tadi?"

"YA TUHAN. BERAT HATIKU. BERAT MULUTKU UNTUK BERCAKAP."
HANYA SEKILAS PANDANGAN MAMPU AKU LEMPARKAN, TAPI TIDAK KATA-KATA.

Akmal mendekati aku sambil membawa sekotak kecil susu coklat buatku dan Intan.

Dia memandangku yang statik dari tadi. Aku mengucapkan terima kasih padanya. Senyuman yang kian pudar tadi cuba aku maniskan di hadapannya.

Sebuah nota kuning dihulurkan pada Intan oleh Akmal. Bisikan sesuatu dari Daniel ke telinga Akmal membuat aku gelisah dan berdiam tanpa kata. "Apa yang harus aku lakukan??"detik hati ku. "Aku sudah terlanjur berjanji untuk keluar bersama Akmal sebelumnya, jadi tidak mungkin aku memutuskan untuk pulang tanpa alasan yang kukuh" .

Intan menghilang tanpa sempat Hanani menyedarinya. 

"Hany, jom...! Ikut aku ke satu tempat.." lembut katanya menyedarkan aku. Senyumannya buat aku cair dan hati kembali tenang. Kehadiran Akmal lebih bermakna buatku kerana dialah kawan yang memahami ku.

---------------------------------------------------------------------

"HAPPY BIRTHDAY TO YOU..HAPPY BITHDAY TO HANY..HAPPY BIRTHDAY TO YOU~~!!!"

Nyayian kedengaran sebaik sahaja kakiku melangkah ke sebuah bilik yang berhias cantik, ada belon berwarna-warni, ada pelbagai makanan, ada kad Manila tertulis LOVE YOU FRIEND, HAPPY BIRTHDAY=) , semuanya cantik pada pandangan mataku. Kelihatan nyalaan lilin dari sebiji kek bluebery cheese dipegang oleh Intan menuju ke arahku dan Akmal. Disamping itu sebiji chocolate cupcake juga tersedia di tangan Akmal. Nampak comel.

Ternyata ini adalah rancangan darinya. Patutlah beria-ria dia mengajakku keluar pagi itu.. 

Aku terharu. Air mata ku jatuh bersama senyuman yang terukir di pipi. Aku menerima cupcake Akmal dan meniup lilin diatas kek bluebery itu. Ternyata dia masih ingat akan hari lahirku. Aku fikir tiada siapa yang ingat bahkan aku sendiri hampir terlupa dek terkejut dengan kehadiran Daniel, tapi Akmal kawan yang baik dia masih ingat dan mahu meraikan hari ulangtahun kelahiranku. Beberapa kawan di bangku sekolah kami juga hadir dan merekalah yang turut membantu Akmal meraikan hari lahirku. Aku bersyukur dan gembira.

Tiba-tiba aku terpaku, Daniel masih ada bersama!

Aku tekad. Kata maaf perlu aku ucapkan meskipun aku sendiri tidak tahu apa jawapan dari Daniel.

Aku memandang Akmal. 

Akmal seolah memahami. Dia berundur ke belakang dan memberiku ruang.

Kaki melangkah, tapi berat langkahan ku.

"Dan..Daniel.." 
"Apa?"
"Aku nak cakap sikit ngn nkau..."
"Cakaplah"
"Aku nak minta maaf sebab selama ni aku banyak berkasar ngn nkau, sakitkan hati nkau, pukul nkau,"
"Cukup!"
"Daniel..Aku..Aku betul-betul nak minta maaf"
"Apa tak cukup ke nkau sakitkan hati aku selama ni?"
"Daniel..AKU MINTA MAAF."
"Aku bukan malaikat, Aku manusia, Aku punya perasaan, Nkau yang banyak lukakan hati aku. Pernah  nkau fikir? Pernah kau ambil tahu apa yang aku rasa dengan sikap nkau yang dingin pada aku tanpa aku tahu apa puncanya?"
"Maafkanlah aku, Aku banyak lukakan hati nkau selama ni. Jangan bawa perasaan itu ke dendam, Aku nak hidup tenang tanpa rasa bersalah lagi. Kita mulakan semula."
"Ok" jawab Daniel sepatah lalu meninggalkan aku sendirian.


Air mataku mengalir lagi. Intan menghampiriku. Dia berusaha menenangkan aku. Akmal di sisinya. Intan memelukku. Kata-kata penenang diberikan pada ku. Katanya aku tak perlu hidup dalam rasa bersalah lagi. Katanya dia dan Akmal akan selalu bersama aku. Akmal mengiakan kata-kata Intan. 

Sapu  tangan berwarna biru dihulurkan pada ku. Daniel!
Ternyata dia masih ada disitu dan memerhatikan ku. Air mata ku sapu. Senyuman ku terukir kembali.




"Aku ada soalan yang mesti kau jawab."
Aku memandangnya dan mengangguk.
"Kenapa nkau benci aku dulu?"
"Sebab, aku anti lelaki. Mungkin masa nkau datang masa tu tak tepat. Maafkan aku"

"Lain-lain penjelasan?? " tepat matanya memandang aku.
"...err..tak de" Muka ku merah padam. Malu.

"OK,aku sebenarnya tak nak berdendam, tak nak marah-marah, Aku maafkan kau cuma aku sedih jugak sebab kau selalu layan aku ngan kasar, AKU MAAFKAN KAU."
"..."Aku menarik nafas lega.


"Hoiiiiiiiiiiiiiii!!" Sergah Akmal.
"Opocot!"
"Hahahaha" ketawa Akmal. 
"Hish...nkau ni."
"Jom, ada benda tak settle lagi ni"
"Apa?"

"Kek la cik Hany oiii.."
"Owh..lupa pulak..touching etep sakni.. "
"JOM" ajak Akmal sambil memberikan isyarat ladies first. 

"Thank you. Aku sayang nkau Mal."
"Ur Welcome" tersengih Akmal mendengar ungkapan ku. Kek blueberry itu aku potong.

"OPS!!" belum sempat aku suapkan kek ke mulut Intan. Akmal mencuit dengan tangannya aising kek ke pipi ku.

"HOIII.." bentak ku, aku mengejar Akmal sehingga ke taman kembali.

Di situ aku lihat Akmal mula memperlahankan lariannya. Tercunggap-cungap aku mengejarnya. Iya lah! Nak dibandingkan tubuh gempal aku dengan Si Akmal yang kurus sekarang. Manakan sama. 

"Rehat kat sini jap." Akmal duduk di sebuah bangku.



"Hisshh nkau ni Mal. Geram bebenor aku ngn mung nih!! "

"HAHAHAHA.." derai ketawanya.

"Aku sengaja wat mcm tuh, nak bagi nkau fit sket. Kat dalam tuh banyak makanan. Nati habis nkau belasah! huhuhu"

"OOIIttt..ngan aku pun aku berkira ke Mal, dasar Haji Bakhil??!"

"HAHAHAHA..Aku gurau je..macam mana? suka tak suprise tadi?" 


"THANKS..tak sangka aku..sayang nkau Mal!!! Nkau la kawan baik aku dunia akhirat."

"Nah, hadiah untuk kau. Sebungkus coklat jenamqVan Houtten dari Daniel."

"Thanks..."

"Tutup mata jap..."

"Kenapa??"

"Tutup la mata..hisssh nkau ni degil la.."


"Ok..."

"TAAADAAAA~~!!"

Sekotak hadiah muncul dihadapan ku. Aku kenal sekali dengan balutan dan isi hadiah itu. Pembalut bungkusan itu sama sekali dengan pilihan aku semasa keluar makan dengan Akmal di KbMall.

"Untuk nkau Hany..Wan Hanani Nurain..Ambik la"

"Thanks......"

Lidah aku kelu. Akmal ku lihat bersikap tenang dan berdiam diri. Aku hairan tapi hanya mendiamkan diri. 

"HANY!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!" Kedengaran suara Intan.

"Oit~~!! Aku kat sini!"

"Hany jom masuk, makan.."

"Okay!!"

"Amboii..tang makan lupa dah kat kite yeee...Sampai hati!"

"Alah merajuk pulak..Mal ko macam tak kenal pulak Hany..hahaha"


"Jom..Jom..Nanti makanan nak habis pulak..Hahahaha.. Jom.. Mal, Thanks sebab aturkan semua ni untuk aku, Aku terhutang budi ngan nkau. "

"Orait~! Anything for YOU besties!"

Senyuman terukir di bibirku. Hati ini lapang rasanya. 







--------------------------------------------------------

BERSAMBUNG~!

06 Jun 2012

アイナ Dear Diary : PPU T1

Ada sapo-sapo nok wi hadioh ko aku ak bear gini? XD

7 MEI hari last aku keje kat Qimi Nasi Kukus.

8 MEI aku g daftar masuk tingkatan enam bawah di SMK DATO' AHMAD MAHER.
JUMPA MILAH, JUMPA ALIAA DIANA.

9 MEI ORIENTASI START till 10 MEI. Diperkenalkan tentang "SEKOLAH", tentang "BUDAYA", LAGU SEKOLAH.. pastu minggu seterusnya Taklimat matapelajaran.

16 Mei hari guru. Lepak-lepak ngn milah, Aliaa diana. berkenalan ngn Anis Inani, Rozalinda n' Asyiqin and others.

17 MEI TAKLIMAT terakhir. Cikgu bahagikan kelas. EKO/P.P kelas disatukan.
GEO satu kelas.

DIGELAR PPU T1 2012/2013.

21 MEI , OPERASI SUSUN MEJA KERUSI dimulakan. Aku dah stand by awal pagi lagi pergi skola chop meja. hahaha.. then..kumpul dekat kawasan bilik taklimat. Just tunggu arahan masuk kelas je. huhuhu. Then, tolong Anis, Roza,Syikin angkat meja. FUH~! penat  gak tapi wak cool je..biar badan dah berpeluh. hahaha. sep jate stop kat satu station. Dorang lap meja dulu yg berhabuk dekat kantin sebelum masuk kelas.
then.. masuk je kelas kitaorang CHOP tempat duduk.

 TEMPAT STRATEGIK??
 mestilah dekat ngn bawah kipas~!!

Aina duk ngn Roza.
Anis duk ngn Syikin.

Kelas kitaorang duduk tu dalam bangunan Kilat.
sbb apa nama bangunan kilat? sbb kalu hujan mesti cepat je kena tempias ngn air masuk dalam kelas kata sumber yg boleh dipercayai~~

pastu cikgu masuk. kecek-kecek sikik. pahtu tegur. sep jate kena duk depan. Imam harus kat depan.
kitaorang pun kenalah akur.. sep puan pakak pindah tempat. So end up ngn jate duk depan. Conquer the class nampak?! hehehe..gurau-gurau.

 Ketua dilantik~! Tinggi orangnya. Dengar kata dari SMIP. Kalu tak silap nama Izzat?
Penolong kelas?~ Azilaini. Empunya diri datang dari SMK Kg Chenggal. OK. XD

so..start dah sikik2 blaja utk hari tu. the next day? blaja sikik2 jah. Hok ingatnnya dey blaja GEO,BM,P.AM ngn sj sikik2. Muet xdey lagi.

keesokannya pula...alahai~~ mgkin sbb ada majlis persaraan ngn majlis cikgu rosely nk berpindah ke maktab sebagai pensyarah. so x belajar blah mana jugak..

CUTI DAPAT SATU TASK KERJA BERKUMPULAN. BUAT PRESENTATION PASAL PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU MODEN.



CUTI NI SUNGGUH MEMBOSANKAN. TANGAN STILL DALAM PEMULIHAN.
ALHAMDULILLAH. 5/6/2012 AINA DAH BOLEH MAKAN AYAM. TAK RASA BISA KALU MAKAN. ADA HARI G KIJO NGN UMIE. ADA HARI REHAT KAT DUMOH. ADA HARI G JALAN2 TEMAN SAEN G BANK.

10 JUN NIH SEKOLAH DAH NAK BUKAK.
SO , LEPAS NI KENA BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH.
DUIT CUKUP KE TAK..LAIN KALI FIKIR.
HAHAHA=)

23 April 2012

アイナ Dear Diary : T_T

To WM..

Kami  sokmo memberi peluang , peluang dan peluang ko mg utk berubah. Apa hok mg balas? Kata ore xsey dgr, hok mg jah mg nak ore lain ikut. Mg nih supo bangkai, supo biawak hidup doh. Kalu gapo2 jadi, aku meme tak kan sedih, kalu gapo2 jadi aku redha, kalu jerik tubik air mata pun mulow2 jah kok, pahtu aku rasa lbh baik mg mapuh cepat2. Mg supo jah ngn ular. Kita jago kita pero patuk balik tuan dio~
Byk doh pengorbanan kitaorg buat ko mg. Tapi mg~~?? Mg rajin ko  tgk? Mg rajin ko hargai? Duk ngeeerat nak gotu nak goni? Mg nak salah kok re?? Jalan tuh mg hok pilih. Kalu dulu 75% jah aku cayo, loni 100% aku x cayo. Mg wak aku takut, wak sumo ore takut ngn risau, bagi mg~~ mg hilang doh key malu?? Mg memey x tau malu key?? Hidup nyusoh kok re?

13 April 2012

アイナ Dear Diary : HAPPY BELATED BIRTHDAY TO ME, TO AISYAH, TO SYAFIEKA=)

BYK YG AKU NAK CERITA. TAPI PERLUKAH AKU TAIP SEMUANYA?
TQ TO ZA COZ TREAT ME KUEW TEAW LAKNA AND GIVE ME A GIFT.
I MEANT..BIRTHDAY PRESENT XD.
TAPI SAMPAI SKRG AKU TAK BUKAK LAGI,. SBB AKU SAYANG NAK BUKAK!!!
=)

..........................AND........................
THEN CAKAP PASAL PROB..AKU XDE PROB SGT..TAPI SESEORANG YG WUJUD DALAM HIDUP AKU ADAKALANYA BUAT AKU SEDIH. SEDIH LIHAT KEADAAN DIA. SEDIH TGK SIKAP DIA.  T_T



Ya Allah, sungguh..lebih lama begini, lebih sakit hatiku, lebih hancur jiwa ini, hati meronta ingin pergi tapi aku harus bertahan, aku seharusnya bersabar, sampai bila kesabaran ini mampu ditahan? tiap kali aku ingin berkata, aku gagal, menjaga hatimu, tapi hati adikmu ini bagaimana? apa harus aku lakukan bila aku gagal menasihatimu bila sepatahpun nkau tak mahu mendengar. apa harus aku biarkan? apa harus aku tulikan telinga dan setia mendengar omongan kata-katamu? sungguh, aku tak pandai bermain kata ,aku tak reti bermain emosi. apa yg yg aku katakan..ikhlas dari tuturku ini. andai nkau tak mahu mendengar? bagaimana nkau mahu menilainya. kesabaranku ini ada hadnya.


27 Mac 2012

Segmen : Saya Suka Doodle Part 2


NAMA ringkas : Aina
Warna Feveret : Hitam

08 Mac 2012

アイナ Dear Diary :


Sunyi. Itulah yg aku rasakan. Rasa kehilangan tanpa Umie disisi. Sebelum berangkat ke tempat kerja tadi..aku mengambil kesempatan mengucapkan kata maaf pada  Umie. Usai kata maaf dipinta. Aku melangkah keluar..beberapa langkah..aku berpaling dan kembali ke sisi umie. Aku mencium pipinya. Sejuk rasanya ketika kucupan singgah di pipinya. Hati ku berat untuk terus melangkah ke tempat kerja. Namun ku gagahi jua langkahan itu. Beberapa pesanan dititipkan untuk aku. 


Malam. Sunyi. Dan terus sunyi.. Aku hanya mampu berharap Umie selamat menunaikan Umrah dan Ziarah. Aku harap Umie selesa di sana. Aku harap dan doakan.. Moga segala urusan di sana dipermudahkan. Tadi pun..kak long dan Abah yang menghantar Umie ke Lapanngan Terbang. Kata Kak long...dalam pukul 4.30 Umie berlepas ke sana. Moga-moga Umie sihat sejahtera di sana. Moga-moga Umie segera kembali pada kami sekeluarga. Moga-moga doanya disana..Di makbulkan oleh Allah SWT.


Belum pun cukup 24 jam berpisah seketika..Rasa rindu ini mulai hadir,
Mum..I MISS YOU=(

07 Mac 2012

アイナ Dear Diary : ^_^







アイナ Dear Diary : Za Family


26 Februari 2012


Za misscall. Aku call balik tak dapat. Then, masuk msg yg meminta aku menemaninya esok ke hospital menziarahi Neneknya di hospital,ESOK: selepas waktu kerja. Aku just jawab okay tanpa banyak soal.


27 Februari 2012


Usai aku ngn Za habiskan kerja kitaorang. Kami ke Billion utk membeli buah 
* Za yg beli, aina just teman.


Aina teman Za ke HRPZ II,Kota Bharu. Kami dibawa ke Unit ICU. Bersalaman dan kenal-2 ngn ayah dan keluarga Za.


Tunggu dalam beberapa minit..Ahli keluarga Za yang lain keluar dari Wad ICU.
FYI : Hanya dua orang yg dibenarkan melawat pesakit dalam satu2 masa.


Kami diberitahu kedudukan bilik Nenek Za ialah Bilik 3.
**eh! knapa agak kaku penulisan ini? hurm..mgkin aku mengantuk kot? Tapi aku xleh tido*


Setibanya..Aku hanya mampu melihat. Melihat wayar-wayar berselirat disekeliling badan Nenek Za. Dalam hati aku tertanya-tanya. Apa yg berlaku? Apa nanti aku tua nanti aku juga begini? Aku termanggu. Hanya mampu menatap dan memandang Za sekali sekala.
Mungkin mulut aku gak gege apabila aku memberitahunya supaya membasuh tangan. Dengan agak ter-Agak-agak..Kami bertanya kepada nurse yg bertugas. Katanya utk elakkan jangkitan kuman. So utk jaga kebaikan kedua-2 belah pihak, Kami membasuh tangan.


Sekali lagi aku hnya mampu memandang. "Na,gini ko kito nanti bila dah tuo?"


"Kalu pandai jaga kesihatan,insya-Allah dop..so kena start jaga kesihatan dari sekarang."
Agak teragak-agak dia pabila ingin memegang tangan neneknya. Mungkin kerana sudah agak lama terpisah dan tidak berjumpa? Tapi aku cuba mengambil tangan Za dan meletakkannya diatas tangan Neneknya. Ternyata. Aku Tak Mampu kerana Za kaku di situ.


"Na, nak pegang ko dop ni?" **separa berbisik.


"Ikut Za larh, Bakponyo?" berbisik juga.


"Za tak beso." Katanya sedikit sebanyak cuba mengumpul kekuatan diri.


Aku tak tahu apa nak dikata. Tunggu beberapa ketika bila tiba-tiba Za terbuka hati utk memulakan perbualan.


"Mok, ingat dop kito. Kita Zanira anak Nadzri." bergetar suara itu. Beberapa ketika..dia memegang tangan Neneknya.


Mungkin ada emosi yang terusik. Tapi aku tahu Za cuba menahan perasaan itu.


Mulut Neneknya terkumat kamit meyebut sesuatu. Tapi kami tidak memahaminya.


"Na, acu tgk gerak mulut Nek Za"


Aku hnya mampu melihat tanpa memahami.


Akhirnya Za meminta Neneknya berehat kerana dia tahu neneknya tak kuat utk bercakap lebih byk. Tmbahan pula..suara antara keluar tidak keluar. Kami akhirnya meminta izin utk keluar dan memberikan peluang kepada ahli keluarga yg lain utk melawat. Lagipun kalau tidak silap, waktu melawat hnya hingga pukul 7 petang.


Selepas itu ayah Za meminta kami menunggu lebih lama kerana ingin mengenalkan Za pada ahli keluarga yg lain. Mungkin sudah lama sanak saudara tidak berjumpa. Kami bersalaman.


Dalam pukul 8 lebih aku membawa Za berhenti di Masjid Langgar utk solat sebelum pulang ke rumahnya.
..................................................................................

Mungkin, masa atuk aku kat ICU dulu..badannya macam tuh juga?
Berselirat ngn wayar. berbagai mesin berdekatan. Aku tidak pasti kerana ketika itu aku masih kecil dan tidak dibenarkan masuk melawat ke dalam wad ICU.


06 Mac 2012

Segmen : Blog Reviewing by Haruno Hana


Haruno Hana : Novelist Lovin You'
ASSALAMUALAIKUM ^_^.

Okay. Aina dengan ini ingin men-Join-Kan diri dgn Segmen yg telah dibuat oleh Cik Haruno Hana kita=)

Teringin jugak kita direview buat kali kedua selepas link blog ini juga tersenarai dalam blog Kak Nor Azira Hanani . By the way.. Tq Kak!

OH!! Siapa Agaknya Insan bertuah yg di-Tag Oleh Aina?? ^_^Sila Ikhlaskan diri anda okay=)


KAK Nor Azira Hanani 

                  Farihah Abdullah


Actually. Tak Tahu Cara Yang Betul Nak Tag. Apa Mungkin betul kot cara tag nih?
Letak link org yg di tag? Bukankah begitu? OPS~!




Sekelian Sekian. Terima Kasih!! ^_^

 
All Copyright Reserve by Me . Design by Mojat Cerewet