Nuffnang : My Dream To Buy House

29 Januari 2012

Inbox Message part 9



Muhammad Daniel Amzar  terkenang kembali saat pertama kali dia mengenali Wan Hanani Nurain. Kadangkala dia tertanya-tanya kenapa Nurain begitu dingin padanya. Sikap Nurain adakalanya mencuit hatinya. Adakalanya, Nurain tersenyum tanpa sebab. Adakalanya Nurain naik angin tanpa sebab yang Daniel Amzar tidak mengerti. Teringat kembali dulu..ketika Daniel ingin membeli pen bubble yang Nurain jual tetapi dia meminta pertolongan sepupunya Amalina.

“Na, beli tolong beli pen hok bubble tuh dari Nurain..sbb aku nak beli dia tak nak jual kat aku. Tolong ek, aku berkenan ngan pen tuh..” Bisik Daniel pada Amalina.

“Ok, kalu Na beli apa Daniel nak upah?” Usik Amalina.

“Eh! Mintak tolong maca tuh pun kena upah ke??”

“Daniel nak Na tolong beli tak nie..upah aiskrim ek, tak pun keropok rehat nanti k! hehe” Amalina berlalu sambil ketawa.

“KK..Na beli, nanti Daniel upah…”Daniel mengalah. Sepupunya itu jika makin diajak berbahas, makin tinggi laaa gamaknya upah yang diminta.

“BETUL ke ni!! Urm..Na gurau je la Dani… Gurau je…hehe..tapi kalau ikhlas nak upah.. apa salahnya..hehehe. Janji tau..” ujar Amalina sambil tersenyum dan mendekati Hanani Nurain yang sedang leka berbual dengan Farihah dan Izzati.

“Hanani Nurain..urm..Dannii…Eh silap!” kata Amalina sambil menutup mulutnya.

“Apa?!...” tanya Hany mendatar.

“Aku nak beli pen buble dari kau tuh boleh. Ada stok lagi tak?”





“Kan kau dah beli semalam?? 3 batang pen kau beli. Takkan tak cukup lagi.”

“Alah kau nih..okay..okay..Aku nak beli takkan tak boleh??”

“AKU TAK BOLEH JUAL LA..SEBAB AKU AGAK KAU MESTI TOLONG SI DANIEL TUH KAN BELI DARI AKU..MAAF LA NA..HANY  TAK JUAL UNTUK DIO. HANY ANTI SIKIT NGAN LELAKI NI.” Tegas Hanani Nurain. Hanani berkata sedemikian kerana dia dapat mengagak yang mesti Daniel yang nak pen itu. Kerana dendamnya pada  Quzaiham..pada Faisal yang sering membulinya..dia anti pada lelaki..tapi Malangnya..Daniel turut menjadi mangsa. Padahal dia tidak bersalah. Betapa ceteknya pemikiran Hanani Nurain ketika itu. Betapa dia tidak matang dan terbawa-bawa dengan rasa bencinya pada Quzaiham. Apa salah Daniel pun dia sendiri tidak pasti. Orang lain yang bersalah padanya. Daniel pula yang terkena tempiasnya hanya kerana dia LELAKI.

“Hany! Kau cakap kau anti lelaki nih macam lah ayah kau tuh bukan lelaki. Habis family kau takde orang lelaki ke..” Nasihat Amalina.

 “Kau tak boleh la buat macam tuh..tak baik..kesian Daniel..Dia nak beli dari kau terus dia takut kau marah. Sebab tuh dia mintak aku tolong belikan..” ujarnya lagi.

“Tak Boleh!” jawab Hanani. Ringkas dan padat. Penuh emosi. Hatinya membara. Teringat kembali pada perbuatan Quzaiham beberapa minggu yang lalu yang membulinya, teringat kembali akan perbuatan Quzaiham yang nakal. Quzaiham menarik tudung sekolah Hanani Nurain dan membuangnya entah ke mana. Yang tersisa adalah anak telekung. Mujurlah ada tukang kebun yang baik hati. Mulia hatinya sudi membantu Hanani Nurain kEtika itu. Pak Mat berjumpa Ustazah Khalijah. Pada Ustazah dilaporkan perbuatan nakal Quzaiham. Tudung Hanani Nurain dikembalikan. Disaat itu juga Hanani Nurain mula membenci Quzaiham dan lelaki yang lain. Entah kenapa pada yang lebih tua Hanani Nurain boleh berkawan dan senyumannya tak pernah lekang dari bibirnya yang merah. Tetapi jika budak seumuran dengannya..Hanani Nurain mula menjadi dingin dan senyuman itu pudar. Puncanya Quzaiham terutamanya. Menambah luka dihati. Faisal yang dianggapnya rakan baik, juga suka mengenakannya. Hanani mudah terbawa-bawa akan perasaan dendam dan marah.

"Aku benci Lelaki!" katanya tegas sambil berlalu pergi.

Terkesima Daniel mendengar kata-kata itu. Hatinya terguris. Hatinya nekad untuk memenangi hati Nurain. Tapi ternyata, semakin dia mencuba mendekati dan berkawan dengan Nurain. Semakin banyak kata nista dilemparkan Nurain. Teringat lagi..selepas keputusan UPSR dimumumkan. Daniel nekad untuk pergi jauh dari hidup Nurain biapun gadis itu sudah menyentuh hatinya. Nurain yang berjaya menyentuh hatinya kerana gadis itulah yang selalu melayannya dengan kasar. Gadis itulah mulutnya tidak henti-henti mengomel bila marah. Tidak malu bila menegakkan pendiriannya. Selalu berusaha untuk membantu kawan-kawannya biarpun adakalanya Nurain agak mementingkan diri sendiri bila dia mengejar apa yang dia mahu.


Kisah itu sudah 5 tahun berlalu. Kali terakhir dia mendapat khabar. Nurain berjaya menempatkan diri ke salah sebuah sekolah kluster setelah mendapat keputusan yang agak baik dalam PMR. Akmal sering bercerita mengenai Hanani.. Hanani Nurain..Nama itu mengingatkannya pada Nurain yang dulu sering menyatakan BENCI padanya. Tetapi mengapa bila Daniel terbaca Inbox Message yang dihantar Hanani Nurain, message  yang dihantar ternyata berbeza dari sikap Nurain yang dikenalinya dahulu.


 Tadi ketika Akmal ke tandas, tiba-tiba handsetnya berbunyi ketika Daniel sedang melayan lagu yang Akmal pasang. Tangan Daniel tiba-tiba gatal untuk membaca isi kandungan message berkenaan keran musykil juga bila terpandang Akmal yang asyik tersenyum sendiri. Dia tahu Akmal tidak akan marah kerana mereka ibarat saudara. Nik Akmal dan Muhammad Daniel Amzar datang dari negeri yang sama. Berasal dari kampung yang sama. Yang membezakan ialah, Daniel medaftar ke SBP itu lebih awal iaitu ketika tingkatan satu. Manakala, ketika Akmal tingkatan satu, dia memasuki Sekolah PUTERA ;Pusat Sukan Negeri (PSN) atas minatnya dalam sukan rugbi dan olahraga. Setelah PMR, Akmal menyambung pelajaran ke sekolahnya sekarang. Ketika mereka tingkatan 5, Farah pula menyertai mereka. Betapa kuatnya ikatan mereka. Ke mana-mana saling bersama. Jika timbul masalah. Mesti diselesaikan bersama-sama. Jika ada makanan lebih yang diberikan oleh keluarga masing-masing..mereka tidak lokek berkongsi biarpun sedikit. 


Akmal dan Farah saling berpandangan di taman 'Seri Harmoni' itu. Menjungkit bahu masing-masing pabila melihat gelagat Daniel yang mengelamun entah ke mana? Buku latihan matematik tambahan tidak disentuhnya lagi.


"Jauh termenung Danii..ell..kau ingatkan siapa? SELALUNYA KALAU  ADDMATH! Tak payah suruh, kau lah yang semangat menyiapkannya!" tegur Akmal.


"Eh! Yeke..aku dah siapla..tuh la kau! Kuat sangat ke tandas..aku dah siap ; kau pulak tinggal separuh lagi nak siap..tapi..Tak pe..KAU KAN ANAK MURID KESAYANGAN Madam Tan kan..hehehe" Daniel mula mengomel sambil bergurau.


"Kau bila nak balik kelantan? Asal cuti je..asyik naik KL..cuba la turun kelantan pulak..Ada orang nak jumpa kau.." perli Akmal sambil bersungguh-sungguh.


"SIAPA?"


"Hanani. Alah Wan Hanani Nurain ..Dia pernah cakap yang dia kenal kau. Masa aku balik hari tuh aku CAKAP kau  nak kelik kelate.."mendatar suara Akmal.


"Kau cakap macam tuh? Apasal? Eh! Bukan ke Nurain..maksud aku Hanani tuh benci kat aku?  Tapi..mesti tak kisah pun kalu aku balik ke tak kan..." ujar Daniel dengan nada sedikit kecewa.


"Yeke? HMMM..NO cOMMent..pasal tuh Hanani tak pernah cerita".


"CASE CLOSE!" tiba-tiba Farah menyampuk. "Perut Farah dan bunyi lagu dangdut nih..abang-abangku sekalian.,,JOM!!"


"JOM ke mana??" tanya Akmal dengan lagak tidak memahami..


"JOM ke DM..okayla..Farah gerak dulu..Najwa dah panggil tuh...Nati kita sembang lagi k. Abang Akmal kena janji ajar Farah Biologi!  Sebab kalau nak harapkan Mr. Engineeer kita niiii...alahai....entraah la...malas den nak cakap..hehehe.." pantas Farah mencuit hidung mancung abangnya itu.


"OOOOII!! Hidung adik jangan nak sentuh-sentuh..SENSITIF TUH DIKKK...phuuhhh!! kurus semangat!" perli Akmal..


"Ko jangan nak perli aku!" Daniel memberi amaran. Buku-buku dimasukkan ke dalam begnya. Beg pemberian satu-satunya arwah ibunya. Beg itulah yang paling dia sayang.


"Nah! Jangan maaraaaahh derrr...ambo gura jah..hehehe" Akmal memberi sedikit roti yang ada ditangannya. Air yang ada diatas meja, diambil dan diteguk untuk membasahkan tekaknya.


"Abang Akmal, Abang Daniel!!!!!!! Jom lah!!!! MAKAN KAT DM" panggil Hamdan yang sedang berjalan bersama Faizul.


Mereka tersenyum seraya mengangguk.



Tiada ulasan:

 
All Copyright Reserve by Me . Design by Mojat Cerewet