Nuffnang : My Dream To Buy House

07 Mac 2012

アイナ Dear Diary : Za Family


26 Februari 2012


Za misscall. Aku call balik tak dapat. Then, masuk msg yg meminta aku menemaninya esok ke hospital menziarahi Neneknya di hospital,ESOK: selepas waktu kerja. Aku just jawab okay tanpa banyak soal.


27 Februari 2012


Usai aku ngn Za habiskan kerja kitaorang. Kami ke Billion utk membeli buah 
* Za yg beli, aina just teman.


Aina teman Za ke HRPZ II,Kota Bharu. Kami dibawa ke Unit ICU. Bersalaman dan kenal-2 ngn ayah dan keluarga Za.


Tunggu dalam beberapa minit..Ahli keluarga Za yang lain keluar dari Wad ICU.
FYI : Hanya dua orang yg dibenarkan melawat pesakit dalam satu2 masa.


Kami diberitahu kedudukan bilik Nenek Za ialah Bilik 3.
**eh! knapa agak kaku penulisan ini? hurm..mgkin aku mengantuk kot? Tapi aku xleh tido*


Setibanya..Aku hanya mampu melihat. Melihat wayar-wayar berselirat disekeliling badan Nenek Za. Dalam hati aku tertanya-tanya. Apa yg berlaku? Apa nanti aku tua nanti aku juga begini? Aku termanggu. Hanya mampu menatap dan memandang Za sekali sekala.
Mungkin mulut aku gak gege apabila aku memberitahunya supaya membasuh tangan. Dengan agak ter-Agak-agak..Kami bertanya kepada nurse yg bertugas. Katanya utk elakkan jangkitan kuman. So utk jaga kebaikan kedua-2 belah pihak, Kami membasuh tangan.


Sekali lagi aku hnya mampu memandang. "Na,gini ko kito nanti bila dah tuo?"


"Kalu pandai jaga kesihatan,insya-Allah dop..so kena start jaga kesihatan dari sekarang."
Agak teragak-agak dia pabila ingin memegang tangan neneknya. Mungkin kerana sudah agak lama terpisah dan tidak berjumpa? Tapi aku cuba mengambil tangan Za dan meletakkannya diatas tangan Neneknya. Ternyata. Aku Tak Mampu kerana Za kaku di situ.


"Na, nak pegang ko dop ni?" **separa berbisik.


"Ikut Za larh, Bakponyo?" berbisik juga.


"Za tak beso." Katanya sedikit sebanyak cuba mengumpul kekuatan diri.


Aku tak tahu apa nak dikata. Tunggu beberapa ketika bila tiba-tiba Za terbuka hati utk memulakan perbualan.


"Mok, ingat dop kito. Kita Zanira anak Nadzri." bergetar suara itu. Beberapa ketika..dia memegang tangan Neneknya.


Mungkin ada emosi yang terusik. Tapi aku tahu Za cuba menahan perasaan itu.


Mulut Neneknya terkumat kamit meyebut sesuatu. Tapi kami tidak memahaminya.


"Na, acu tgk gerak mulut Nek Za"


Aku hnya mampu melihat tanpa memahami.


Akhirnya Za meminta Neneknya berehat kerana dia tahu neneknya tak kuat utk bercakap lebih byk. Tmbahan pula..suara antara keluar tidak keluar. Kami akhirnya meminta izin utk keluar dan memberikan peluang kepada ahli keluarga yg lain utk melawat. Lagipun kalau tidak silap, waktu melawat hnya hingga pukul 7 petang.


Selepas itu ayah Za meminta kami menunggu lebih lama kerana ingin mengenalkan Za pada ahli keluarga yg lain. Mungkin sudah lama sanak saudara tidak berjumpa. Kami bersalaman.


Dalam pukul 8 lebih aku membawa Za berhenti di Masjid Langgar utk solat sebelum pulang ke rumahnya.
..................................................................................

Mungkin, masa atuk aku kat ICU dulu..badannya macam tuh juga?
Berselirat ngn wayar. berbagai mesin berdekatan. Aku tidak pasti kerana ketika itu aku masih kecil dan tidak dibenarkan masuk melawat ke dalam wad ICU.


Tiada ulasan:

 
All Copyright Reserve by Me . Design by Mojat Cerewet