Nuffnang : My Dream To Buy House

07 Jun 2012

INBOX MESSAGE : part 10




Aku mahu berehat di rumah tetapi Akmal mengajakku ke taman. Katanya mahu menghirup udara segar. Katanya rindu sebab lama tidak berjumpa. Aku ingin Intan menemaniku, kerana aku takut pandangan serong orang lain melihatku berduaan bersama Akmal . Pukul 7.30 pagi aku bergegas mengambil Intan dirumahnya sebelum bergerak ke sana. Aku tahu Akmal pasti akan memahami kalau sekalipun aku mahu membawa Intan bersama tanpa pengetahuannya. Pada Akmal aku minta dia tunggu berdekatan taman permainan. 7.50 pagi kami sampai. Aku berjalan beriringan dengan Intan sambil berbual tentang peperiksaan yang baru tamat dua hari yang lalu.

Hati aku bergetar. Melihat dia ada di hadapanku! Ya Allah! Ya Rabb..
Apa yang harus aku lakukan? Hati ini, ingin terus menatapnya. Ego yang menghalang diriku berbuat demikian.

“Hany!!..” Namaku dipanggil. Riang dan jelas oleh Akmal. Daniel dibelakang Akmal. Matanya tepat matanya memandang aku. 

Aku cuba melarikan pandangan ku pada Akmal kerana hati ini rasa terguris. Sakit!! 

“HANY! Kau okey ke?? Eh! Kenapa ni? Sejuk je tangan kau? ” Intan menggosok tanganku. 

Tangannya ku gengam erat. YA! Aku takut. Takut pada renungan mata Daniel padaku.

“Intan..Kenapa ni? Hany..Kau okey tak? Pucat je muka tuh”

“Daniel, mari aku kenalkan..Inilah orang yang paling aku sayang..”

“NURAIN? Mal, aku dah kenal dengan Wan  Hanani Nurain” dia melihat aku. Pandangannya tajam padaku.

 Akmal memandangku tanpa berkedip..Melihat ada kegusaran di wajahku. Matanya kembali berpaling pada Daniel. Ada sesuatu yang tidak kena dirasakan..

Intan menyedari perubahan aku kerana Daniel. Intan menarikku aku ke bangku dan duduk disebelahku. 

Mujur kedudukan bangku itu agak jauh dari Akmal dan Daniel..

"Hany..kau masih berat mulut nak minta maaf dengan Daniel ke? Apa yang kau nak buat? 
Terus lari? Terus berdendam? Apa? Hany..let’s be friend with him. Talk nicely. Harap kau tak gaduh ngan Daniel, please..cakap lah..Apasal kau diam dari tadi?"

"YA TUHAN. BERAT HATIKU. BERAT MULUTKU UNTUK BERCAKAP."
HANYA SEKILAS PANDANGAN MAMPU AKU LEMPARKAN, TAPI TIDAK KATA-KATA.

Akmal mendekati aku sambil membawa sekotak kecil susu coklat buatku dan Intan.

Dia memandangku yang statik dari tadi. Aku mengucapkan terima kasih padanya. Senyuman yang kian pudar tadi cuba aku maniskan di hadapannya.

Sebuah nota kuning dihulurkan pada Intan oleh Akmal. Bisikan sesuatu dari Daniel ke telinga Akmal membuat aku gelisah dan berdiam tanpa kata. "Apa yang harus aku lakukan??"detik hati ku. "Aku sudah terlanjur berjanji untuk keluar bersama Akmal sebelumnya, jadi tidak mungkin aku memutuskan untuk pulang tanpa alasan yang kukuh" .

Intan menghilang tanpa sempat Hanani menyedarinya. 

"Hany, jom...! Ikut aku ke satu tempat.." lembut katanya menyedarkan aku. Senyumannya buat aku cair dan hati kembali tenang. Kehadiran Akmal lebih bermakna buatku kerana dialah kawan yang memahami ku.

---------------------------------------------------------------------

"HAPPY BIRTHDAY TO YOU..HAPPY BITHDAY TO HANY..HAPPY BIRTHDAY TO YOU~~!!!"

Nyayian kedengaran sebaik sahaja kakiku melangkah ke sebuah bilik yang berhias cantik, ada belon berwarna-warni, ada pelbagai makanan, ada kad Manila tertulis LOVE YOU FRIEND, HAPPY BIRTHDAY=) , semuanya cantik pada pandangan mataku. Kelihatan nyalaan lilin dari sebiji kek bluebery cheese dipegang oleh Intan menuju ke arahku dan Akmal. Disamping itu sebiji chocolate cupcake juga tersedia di tangan Akmal. Nampak comel.

Ternyata ini adalah rancangan darinya. Patutlah beria-ria dia mengajakku keluar pagi itu.. 

Aku terharu. Air mata ku jatuh bersama senyuman yang terukir di pipi. Aku menerima cupcake Akmal dan meniup lilin diatas kek bluebery itu. Ternyata dia masih ingat akan hari lahirku. Aku fikir tiada siapa yang ingat bahkan aku sendiri hampir terlupa dek terkejut dengan kehadiran Daniel, tapi Akmal kawan yang baik dia masih ingat dan mahu meraikan hari ulangtahun kelahiranku. Beberapa kawan di bangku sekolah kami juga hadir dan merekalah yang turut membantu Akmal meraikan hari lahirku. Aku bersyukur dan gembira.

Tiba-tiba aku terpaku, Daniel masih ada bersama!

Aku tekad. Kata maaf perlu aku ucapkan meskipun aku sendiri tidak tahu apa jawapan dari Daniel.

Aku memandang Akmal. 

Akmal seolah memahami. Dia berundur ke belakang dan memberiku ruang.

Kaki melangkah, tapi berat langkahan ku.

"Dan..Daniel.." 
"Apa?"
"Aku nak cakap sikit ngn nkau..."
"Cakaplah"
"Aku nak minta maaf sebab selama ni aku banyak berkasar ngn nkau, sakitkan hati nkau, pukul nkau,"
"Cukup!"
"Daniel..Aku..Aku betul-betul nak minta maaf"
"Apa tak cukup ke nkau sakitkan hati aku selama ni?"
"Daniel..AKU MINTA MAAF."
"Aku bukan malaikat, Aku manusia, Aku punya perasaan, Nkau yang banyak lukakan hati aku. Pernah  nkau fikir? Pernah kau ambil tahu apa yang aku rasa dengan sikap nkau yang dingin pada aku tanpa aku tahu apa puncanya?"
"Maafkanlah aku, Aku banyak lukakan hati nkau selama ni. Jangan bawa perasaan itu ke dendam, Aku nak hidup tenang tanpa rasa bersalah lagi. Kita mulakan semula."
"Ok" jawab Daniel sepatah lalu meninggalkan aku sendirian.


Air mataku mengalir lagi. Intan menghampiriku. Dia berusaha menenangkan aku. Akmal di sisinya. Intan memelukku. Kata-kata penenang diberikan pada ku. Katanya aku tak perlu hidup dalam rasa bersalah lagi. Katanya dia dan Akmal akan selalu bersama aku. Akmal mengiakan kata-kata Intan. 

Sapu  tangan berwarna biru dihulurkan pada ku. Daniel!
Ternyata dia masih ada disitu dan memerhatikan ku. Air mata ku sapu. Senyuman ku terukir kembali.




"Aku ada soalan yang mesti kau jawab."
Aku memandangnya dan mengangguk.
"Kenapa nkau benci aku dulu?"
"Sebab, aku anti lelaki. Mungkin masa nkau datang masa tu tak tepat. Maafkan aku"

"Lain-lain penjelasan?? " tepat matanya memandang aku.
"...err..tak de" Muka ku merah padam. Malu.

"OK,aku sebenarnya tak nak berdendam, tak nak marah-marah, Aku maafkan kau cuma aku sedih jugak sebab kau selalu layan aku ngan kasar, AKU MAAFKAN KAU."
"..."Aku menarik nafas lega.


"Hoiiiiiiiiiiiiiii!!" Sergah Akmal.
"Opocot!"
"Hahahaha" ketawa Akmal. 
"Hish...nkau ni."
"Jom, ada benda tak settle lagi ni"
"Apa?"

"Kek la cik Hany oiii.."
"Owh..lupa pulak..touching etep sakni.. "
"JOM" ajak Akmal sambil memberikan isyarat ladies first. 

"Thank you. Aku sayang nkau Mal."
"Ur Welcome" tersengih Akmal mendengar ungkapan ku. Kek blueberry itu aku potong.

"OPS!!" belum sempat aku suapkan kek ke mulut Intan. Akmal mencuit dengan tangannya aising kek ke pipi ku.

"HOIII.." bentak ku, aku mengejar Akmal sehingga ke taman kembali.

Di situ aku lihat Akmal mula memperlahankan lariannya. Tercunggap-cungap aku mengejarnya. Iya lah! Nak dibandingkan tubuh gempal aku dengan Si Akmal yang kurus sekarang. Manakan sama. 

"Rehat kat sini jap." Akmal duduk di sebuah bangku.



"Hisshh nkau ni Mal. Geram bebenor aku ngn mung nih!! "

"HAHAHAHA.." derai ketawanya.

"Aku sengaja wat mcm tuh, nak bagi nkau fit sket. Kat dalam tuh banyak makanan. Nati habis nkau belasah! huhuhu"

"OOIIttt..ngan aku pun aku berkira ke Mal, dasar Haji Bakhil??!"

"HAHAHAHA..Aku gurau je..macam mana? suka tak suprise tadi?" 


"THANKS..tak sangka aku..sayang nkau Mal!!! Nkau la kawan baik aku dunia akhirat."

"Nah, hadiah untuk kau. Sebungkus coklat jenamqVan Houtten dari Daniel."

"Thanks..."

"Tutup mata jap..."

"Kenapa??"

"Tutup la mata..hisssh nkau ni degil la.."


"Ok..."

"TAAADAAAA~~!!"

Sekotak hadiah muncul dihadapan ku. Aku kenal sekali dengan balutan dan isi hadiah itu. Pembalut bungkusan itu sama sekali dengan pilihan aku semasa keluar makan dengan Akmal di KbMall.

"Untuk nkau Hany..Wan Hanani Nurain..Ambik la"

"Thanks......"

Lidah aku kelu. Akmal ku lihat bersikap tenang dan berdiam diri. Aku hairan tapi hanya mendiamkan diri. 

"HANY!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!" Kedengaran suara Intan.

"Oit~~!! Aku kat sini!"

"Hany jom masuk, makan.."

"Okay!!"

"Amboii..tang makan lupa dah kat kite yeee...Sampai hati!"

"Alah merajuk pulak..Mal ko macam tak kenal pulak Hany..hahaha"


"Jom..Jom..Nanti makanan nak habis pulak..Hahahaha.. Jom.. Mal, Thanks sebab aturkan semua ni untuk aku, Aku terhutang budi ngan nkau. "

"Orait~! Anything for YOU besties!"

Senyuman terukir di bibirku. Hati ini lapang rasanya. 







--------------------------------------------------------

BERSAMBUNG~!

Tiada ulasan:

 
All Copyright Reserve by Me . Design by Mojat Cerewet