Nuffnang : My Dream To Buy House

29 April 2013

INBOX MESSAGE : part 11

Akmal POV
[Point Of View]

Lagu Aku Yang Tersakiti dimainkan di corong radio Suria.fm malam itu.

Fikiran Akmal melayang pada Hanani yang sudah jarang untuk berhubung dengannya. Pelbagai andaian bermain di benak fikirannya. Sebetulnya dia ingin memberi ruang kepada Hanani setelah dia meluahkan perasaannya pada gadis comel itu melalui nukilannnya dalam surat yang diberikan pada Wan Hanani Nurain. Namun, semakin hari, dia merasakan jarak antara mereka semakin jauh tanpa balasan apa-apa dari Hanani. 

Bukan jawapan YA yang sebetulnya diharapkan dari gadis itu untuk menerima Akmal , tetapi cukuplah gadis itu tahu perasaan Akmal padanya. Sebab, dari mula dia sukakan Hanani, Akmal tidak meletakkan sebarang harapan untuk mengharapkan perasaannya berbalas, tetapi cukuplah hatinya diisi dengan perasaan itu, cukuplah dia melihat Hanani ada dalam hidupnya dan itu sudah membuat dia gembira. 

___________________________________________________________________________


Tiada ulasan:

 
All Copyright Reserve by Me . Design by Mojat Cerewet