Nuffnang : My Dream To Buy House

27 Disember 2012

JUST COPY PASTE ;) STPM

STPM sememangnya mematangkan pelajar
1. dari mula lagi cabaran adalah melihat rakan-rakan yang bersama menduduki SPM melangkah meninggalkan anda ke IPT
2. perasaan terpinggir, tertinggal di sekolah dengan pakaian sekolah, sedangkan kawan lain di IPT tidak lagi perlu berpakaian seragam
3. mengikuti pengajian STPM yang jauh berbeza dengan apa yang pernah dilalui semasa di tingkatan 4 & 5. 
4. cuti-cuti perayaan - hari raya aidil fitri dan aidil adha lalu mungkin cukup meninggalkan kesan lagi apabila rakan di IPT pulang bercuti hari raya dengan pelbagai kisah dan cerita mereka di IPT
5. mungkin juga dalam masa yang sama seorang demi seorang rakan pelajar meninggalkan pengajian tingkatan 6 ke IPTS yang agak lewat kemasukannya
6. menduduki peperiksaan semester 1 STPM baru di dalam suasana serba baru yang berbeza dengan masa di tingkatan 5
7. iklan pengambilan ke IPT yang dibuka untuk pengambilan Januari sekali lagi meruntum jiwa. kesempatan mungkin diambil untuk ikut terus melangkah bersama rakan yang telah melangkah terlebih dahulu dari anda
8. menjelang januari nanti akan ada beberapa orang lagi rakan yang akan meninggalkan anda untuk melangkah ke IPT
9. diikuti dengan keputusan SPM pada Feb/Mac ....walaupun sebagai penonton melihat adik-adik menerima keputusan SPM, mengemukakan permohonan ke IPT yang tentunya akan menyentuh lagi hati.
10. tentunya akan disusuli lagi dengan keadaan yang sama seperti tahun lepas apabila mereka yang berjaya akan melangkah ke IPT

....sedang anda masih di sini

percayalah kejayaan anda melalui waktu-waktu sukar inilah yang mematangkan anda untuk tabah menempuh laluan yang mungkin lebih hebat di hadapan sana.

Selamat berjaya

Tiada ulasan:

 
All Copyright Reserve by Me . Design by Mojat Cerewet