Nuffnang : My Dream To Buy House

30 November 2013

Antara soalan yang diajukan pelajar kepada dan MPM


red, gift, white, rose, flower

Pelajar : Bagi yang mengambil ULANGAN 3, adakah keputusan STPM dikeluarkan sebelum kemasukan ke Universiti?

MPM : Pelajar yang mengambil ULANGAN 1 dan ULANGAN 2, tetapi tidak mengambil ULANGAN 3, keputusan penuh STPM akan dikeluarkan pada bulan Mac. Bagi pelajar yang mengambil ULANGAN 3, mereka tidak akan menerima keputusan STPM pada bulan Mac, sebaliknya keputusan penuh STPM mereka akan dikeluarkan pada akhir bulan April. Bahagian Kemasukan Universiti telah menasihatkan sama ada pelajar yang mendapat keputusan pada bulan Mac atau akhir bulan April hendaklah terus mengisi permohonan kemasukan ke universiti secara dalam talian apabila di buka. MPM akan menghantar keputusan penuh STPM semua pelajar terus kepada Bahagian Kemasukan Universiti sebagai pengesahan tulen. 

Pelajar : Adakah peluang lepasan STPM memasuki Universiti lebih baik berbanding dengan lepasan Matrikulasi atau Asasi?

MPM : Bahagian Kemasukan Universiti meletakkan lepasan STPM sebagai pilihan utama untuk mengikuti program di IPTA. Lulusan STPM juga diterima masuk ke universiti luar Negara, antaranya ialah United Kingdom, Ireland, Scotland, Australia, New Zealand, India, dan Singapura. Ini kerana keputusan STPM diiktiraf oleh Cambridge Assessment, UK.


Mungkin ada PERSOALAN LAIN YANG BERMAIN DI MINDA?
KLIK LINK MPM ^^

Tiada ulasan:

 
All Copyright Reserve by Me . Design by Mojat Cerewet