Nuffnang : My Dream To Buy House

21 Mei 2014

アイナ Dear Diary : Persoalan [?]



Tiap masa fikiran aku selalu berputar, memikirkan masa depan. Aku tak tahu dan tak pasti, siapa aku 5 tahun akan datang sekalipun... Adakalanya aku takut. Takut sekiranya yang diharapkan tidak seperti yang aku mahukan. Hidup Mati Ajal Maut semuanya ketentuan tuhan. Alhamdulillah , bersyukur aku masih dihidupkan. Sekiranya aku mati, harapnya tiada sesalan di penghujungnya nyawaku nanti. 

Aku hidup atas rahmat dan kasih sayang Allah,
Tak terhitung rasanya kasih sayang yang dilimpahkan atas rezeki, nyawa, udara , kesihatan yang tak ternilai harganya.. Bersama keluarga yang aku miliki. Aku bersyukur. Berapa ramai orang di luar sana, yang mengharapkan diberikan kesihatan yang baik.. sekurangnya aku sihat. Boleh bekerja. ALHAMDULILLAH.

Letih. Bekerja membuatkan aku cepat letih. Baru aku tahu, susahnya mencari wang. Keringat yang jatuh, masa yang berjalan begitu pantas. Moga wang tidak membutakan mata aku. Rezeki yang aku cari moga cukup untuk menampung perbelanjaan di universiti nanti. Aku tak tahu, siapa dan apa yang aku akan jadi.
Berbakti pada masyarakat dan keluarga, moga dipermudahkan jalan ku.

Persoalannya. Layakkah aku bergelar guru?
Ujian medsi yang akan aku hadapi nanti akan membuka jalannya.
Seandainya lulus, temuduga akan menyusul.. jika tidak.. yakinlah Allah dah tentukan yang terbaik buat aku.
Usaha, Tawakal.

Abah nak aku jadi seorang guru. Aku? Pilihan aku? 
Apa yang abah fikirkan terbaik, baik buat aku. 
Umie? Dia tak kisah apa yang aku pilih untuk karier masa depan aku.
Umie selalu ada, menyokong aku dari belakang.
Alhamdulillah.

Pokoknya, aku, hasrat aku, 
meningkatkan taraf hidup keluaga aku dengan ILMU dan berbakti kepada masyarakat dengan ILMU.
Moga Allah permudahkan jalan yang aku pilih.


2 ulasan:

young girl berkata...

salam perkenalan

Syazwani Afandi berkata...

Salam, saya admin dari blog sihatcantikbywns nak minta jasa cik untuk email kepada saya wanis_syazwani@yahoo.com

Nama:
Alamat:
No. HP:

ada sedikit hadiah dari kami. Maaf blog itu dah delete. saya menunggu email anda.

Terima Kasih

 
All Copyright Reserve by Me . Design by Mojat Cerewet