Nuffnang : My Dream To Buy House

28 Februari 2012

sempena demam peperiksaan PKBS1 ^_^

PANTUN JADUAL BERKALA...sempena demam peperiksaan PKBS1


Nukleus atom jauh ke tengah,
Electron valens tertarik jua,
Semakin jauh semakin lemah,
Satu electron terlepas juga.

Larut garam panas garam,
Atom kalium kumpulan satu,
Suruh hafal JBU dia diam,
Suruh buat formula dia tak tahu.

2, 3 atom diberi,
Mana nak sama natrium sebiji,
2, 3 buleh ku cari,
Manekan sama dgn sebutir klorin.

Electron valens Cl di petala terluar,
Amik satu electron tolong stabilkan,
Budak form 4 baru belaja,
Kalau salah ko buat ler pembetulan.

Atom sodium tak dibawa belayar,
Terkena air meletup tak berenti,
Hutang Aurum boleh dibayar,
Hutang homework jaga le esok hari.

Kalau ada klorin yang terbebas,
Jangan disimpan didalam besi,
Kalu simpan juga akan ada tindakbalas,
ferumklorida hasilnya nanti.

Bakar magnesium atau tidak,
Esok jangan panas2kan,
Magnesium oksida memang dah nampak,
Lepas sejuk...timbang2kan....

Kalium berpusing laju2,
Sampai ke tahap membuang elektronnya,
Apa ada dalam atom itu,
Susunan electron octet la jawapannya.





Pantun drp : chemistry teacher smkdam NCS 2012
 
All Copyright Reserve by Me . Design by Mojat Cerewet