Perasaan?
Wujud bagai warna pelangi. Pelbagai warna perasaan yang hadir.
Wan Hanani Nurain.
SETIAP message dalam inboxnya,
ADALAH PENYUNTIK HIDUPNYA.
Kerana disitulah dia mendapat semangatnya,
Kerana disitulah dia berkongsi ceritanya.
Bersama teman-teman yang dipercayai;)
Muhammad Daniel Amzar?
Kehadirannya membuatkan Wan Hanani Nurain "BENCI".
Aku tak faham. Apa salah aku selama ini?!
## [Daniel]
Aku tak bencikan Daniel.
namun kehadiran Daniel seringkali pada waktu yang salah,
bagaikan api bila bersama angin, makin marak api membakar..
entah apa nasibnya..
## [Hanani (Nurain)]
berbeza dengan...
Akmal, sentiasa ada buat aku tepat pada masanya,
dialah sahabat yang menerima seadaanya sikap aku.
Bagaikan air yang bukan sahaja memadamkan api bahkan menyejukkan..
## [Hanani (Nurain)]
Aku disini, sentiasa ada buat kau. Menjaga kau sekalipun dari jauh.
## [Akmal]
Akmal. Teman yang baik, Teman yang setia.
Andai hatiku milikmu. Aku tahu kau akan menjaganya dengan baik.
Tapi..Mampukah aku membalas dengan membahagiakan kau kembali?
## [Hanani (Nurain)]
Wan Hanani Nurain adalah seorang gadis yang mudah meluahkan rasa hatinya. Jika dia marah. Semua orang boleh tahu jika melihat riak wajahnya. Tetapi jika dia suka seseorang..sukar untuk diketahui..perasaannya disimpan sahaja.
Kisah bermula dari zaman persekolahan, zaman dia mengenal erti kawan selain ahli keluarga. Daniel hadir dan meninggalkan kesan dalam hati Hanani Nurain. Zaman sekolah rendah tamat tanpa sempat Hanani Nurain meminta maaf pada Daniel kerana EGOnya sendiri. Daniel menjarakkan diri kerana menyangka; YANG ADA DALAM KOTAK fikiran Nurain adalah BENCI padanya.
Bagi Wan Hanani Nurain..:
Muhammad Daniel Amzar begitu abstrak! Sukar untuk Hanany memahami sikap Daniel pada mulanya. Kehadiran Daniel seringkali pada waktu yang salah.
|
Pada Muhammad Daniel Amzar ..:
“Wan Hanani Nurain seindah namanya, tapi ragamnya kadangkala memeningkan aku!”
Membuat hati aku sakit hingga aku rasa terluka. |
Akmal..:
“Aku akan selalu doakan yang terbaik untuk kau Hanani, aku doakan kebahagian kau. Aku..aku sayang..sayang sangat kat ko..”bisik hatinya. Tapi.. adakah mereka berkongsi rasa yang sama..??
|
Diadaptasi dari kisah yg berlaku.
Ada Rekaan. Ada yg nyata.
Semua Mampu mengadili.
Tapi siapa yg benar? Siapa Yg Adil?
Bila Realiti Dan Sekadar Coretan -BERSATU-.
mulalah melalut tanpa sebab! hahaha